Pengantin Warga Emas Segak Bergaya, “Macam Gabenor Duit Kertas…”

Pengantin Warga Emas Segak Bergaya, “Macam Gabenor Duit Kertas…”

Hujung minggu lalu, ramai yang memilih untuk melangsungkan perkahwinan sebelum bulan Ramadan yang menjelang hari ini. Di media sosial pun ramai yang turut menghadiri majlis perkahwinan sahabat handai dan saudara mara. Tidak ketinggalan, pasangan pengantin warga emas ini yang mencuri tumpuan ramai apabila tampil segak bergaya di hari perkahwinan mereka.

Pasangan warga emas itu dikatakan bertemu jodoh dan memilih untuk melangsungkan hari persandingan mereka baru-baru ini. Video hari persandingan itu juga turut menarik perhatian ramai di mana kedatangan pasangan pengantin ini diraikan oleh saudara mara yang hadir. Rata-rata netizen turut memberikan pujian melihat ketampanan pengantin ini menggayakan pakaian tradisional ini.

@zesszdi

Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia Hingga Ke Jannah. #selamatpengantinbaru 🥰😍

♬ original sound – #zesszdi – #zesszdi

Menerusi video yang dikongsikan ini, pengantin warga emas itu dilihat baru saja turun dari kenderaan mewah berwarna hitam. Sebaik saja turun dari kereta, pengantin lelaki itu berarak menuju ke pengantin perempuan yang sudah sedia menunggunya di situ. Kedua-dua pengantin kelihatan begitu segak dan menawan dengan persalinan tradisional itu.

Bukan itu sahaja, pengantin lelaki itu juga turut dikatakan salin tak tumpah dengan potret yang terdapat pada wang kertas Ringgit Malaysia. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji penampilan segak pengantin warga emas ini di hari persandingan mereka. Malah, netizen turut menitipkan doa semoga hubungan yang dibina ini berkekalan sehingga akhir hayat.