“Bila masak, elak guna…”, ‘Rahsia’ masak ayam masak merah paling terbaik!
![“Bila masak, elak guna…”, ‘Rahsia’ masak ayam masak merah paling terbaik!](https://tempoyak.net/wp-content/uploads/2021/04/ayamm.jpg)
Perasan tak, kalau kita bertandang ke mana-mana majlis kenduri kahwin, salah satu lauk paling wajib yang ada dihidangkan ialah ayam masak merah, kan? Kalau tak ada lauk tu, macam ‘tak lengkap’ rasanya.
Biasanya ayam masak merah ni sedap digandingkan dengan nasi minyak atau nasi hujan panas, lepas tu digandingkan pula dengan lauk acar nenas sebagai ‘sulamannya’ dalam mulut. Apabila disuap dan dikunyah, fuh nikmat betul.
Jangan risau, baru-baru ini pengguna Twitter yang juga anak kepada ‘tokey’ katering kenduri kahwin, Puan Zura ada berkongsi resepi ‘rahsia’ nak buat lauk ayam masak merah paling superb. Jom ikuti bebenang ini.
Resipi ayam masak merah kenduri kahwin
– Since ramai yang tanya, resepi ni dari arwah Abah, been using it more than 30 years now. Arwah Abah memang buat katering kenduri kahwin. Lama juga. Bila buat Ayam Masak Merah, elak guna Sos Cili dan Sos Tomato, atau Tomato Puree. pic.twitter.com/o5RhfE4YUj
— Zura (@NasiMarhaen) April 9, 2021
Dengar macam pelik kan tak perlu guna sos cili dan sos tomato? Takpa, jangan terkejut. Mungkin selama ni kita terbiasa guna dua bahan tu, kali ini kita ‘evolusikan’ semula lauk ayam masak merah ikut resipi arwah abah Puan Zura ni.
Tukar semua sos tu kepada Tomato Kimball (Soup dalam tin) dan Tomato Heinz Soup ( juga dalam tin), boleh guna santan, tapi kalau kenduri kahwin, kami guna susu cair. Bahan lain macam biasa
— Zura (@NasiMarhaen) April 9, 2021
Rupa-rupanya bukanlah tak guna langsung bahan tambahan macam sos cili dan sos tomato, tapi ianya digantikan dengan bahan lain seperti santan. Agak ‘rare’ juga kan masak merah guna santan?
Mesin bawang besar, halia, serai, lengkuas, bawang putih, cili merah, buah keras. Lepas mesin, masukkan serbuk jintan manis, jintan putih, kaskas, serbuk cili, gula batu dalam bahan mesin tu. Letak tepi.
— Zura (@NasiMarhaen) April 9, 2021
Jangan lupa kisarkan semua bahan di atas guna mesin pengisar. Kadang-kadang ada yang agak rajin dan lebih nak rasa ‘kaw’, diorang tumbuk je bahan-bahan tu guna batu lesung. Lagi sedap, cuma kena rajinlah tangan tu.
Mesin cili kering sampai lumat (sampai tak ada biji cili)
Bahan tumis- Bawang besar, halia, bawang putih, rempah 4 sekawan, daun pandan, daun kari. Cara masak –
— Zura (@NasiMarhaen) April 9, 2021
Macam biasa, mana-mana lauk yang ingin dimasak perlulah ditumis terlebih dahulu. Adat masyarakat kita sejak turun-temurun, makanan lauk Melayu ni hampir kebanyakannya akan ditumis dulu sampai ‘naik bau’.
Tumis bahan tumis tu, dah kekuningan masukkan cili kering kisar, lepas cili dah masak, masukkan bahan mesin tadi. Masak sampai bahan tu semua 'pecah minyak' dan hilang bau rempah ratus. Bila semua dah masak, baru masukkan semua bahan yang dalam tin tu.
— Zura (@NasiMarhaen) April 9, 2021
Satu lagi perkara penting semasa menumis adalah ‘pecah minyak’. Orang kata, tumislah sampai naik bau dan pecah minyak, barulah lauk tu boleh mula digodak atau terus ke langkah seterusnya.
Api kena kawal. Air masukkan ikut nak pekat mana. For me, jangan terlalu pekat kuah dia, jangan terlalu cair.. just nice bagi dia berpalut but berkuah.. adeh la payah nak explain benda ni..haha.. 😅
— Zura (@NasiMarhaen) April 9, 2021
Jangan terlalu pekat, jangan terlalu cair. Ingat pesanan Puan Zura ni. Ianya supaya kadar ‘kebasahan’ lauk tu jadi sekata dan selesa dimakan. Kalau terlalu pekat, nanti kuahnya sedikit dan cepat kering pula nanti. Orang putih kata, ‘just nice’ gitu.
Aci gerenti lepas korang cuba resepi ni, you will look at ayam masak merah in different way now. Am not saying that our recipe is the best, but it is worth trying. Pada aku yang letak sos cili, sos tomato tu semua bukan ayam merah tapi ayam masak sos.. 😅
— Zura (@NasiMarhaen) April 9, 2021
Ok begitulah resipinya. Mudah je kan? Puan Zura ada berpesan, bahawa dia BENARKAN resipi ayam masak merah arwah abahnya ini untuk anda masak dan jual (berniaga).
Semoga Puan Zura dan kita semua dimurahkan rezeki olehNya. Ameen.
Sumber: Puan Zura