Rangka warga emas ditemui dalam rumah, dipercayai meninggal 4 tahun lalu

Rangka warga emas ditemui dalam rumah, dipercayai meninggal 4 tahun lalu

 

Kecoh di media sosial dengan penemuan rangka warga emas ditemui atas tilam di sebuah pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur sejak semalam.

Mayat seorang lelaki warga emas itu ditemukan dalam keadaan cukup menghibakan apabila hanya tinggal tengkorak dan tulang.

Menurut jurucakap Balai Polis Kepong, mayar warga emas itu sudah mereput kira-kira empat tahun ditemui anak lelakinya.

“Ya memang ada kes (jumpa mayat reput dalam rumah). Anak mangsa membuat laporan polis pada petang tadi (Isnin).

“Maklumat lanjut akan kami kongsikan dalam masa terdekat,” katanya.

Semalam, tular satu gambar memaparkan keadaan mayat yang tinggal rangka di hadapan ruang tamu rumah tersebut.

Menurut maklumat awal dikongsikna, mangsa berusia lingkungan 60-an dilaporkan tinggal seorang diri di pangsapuri berkenaan kerana sudah bercerai.

Mangsa juga mengajar anak-anak mengaji di kuarters berkenaan dan tiada seorang pun mengetahui mangsa telah meninggal di dalam rumah itu sendirian sejak empat tahun lalu.

“Komuniti pun tak sedar, mangsa pernah maklum dengan orang surau yang hajat nak balik ke kampung, dengan makluman tersebut rakan dan orang surau beranggapan arwah berehat panjang di kampung halaman,” tulis individu berkenaan.

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai kematian mangsa.