Peniaga ini kongsi cara nak buat celup tepung, rangup walaupun sejuk, kalau dekat kedai confirm berebut

Peniaga ini kongsi cara nak buat celup tepung, rangup walaupun sejuk, kalau dekat kedai confirm berebut

 

Bagi yang biasa beli pisang goreng mesti akan minta lebih serbuk gorengan, rasanya tetap ‘crunchy’ walaupun dah lama.

Buat yang sering berkunjung ke negeri di Pantai Timur mesti tahu, semua benda yang digoreng akan dicelup dalam satu salutan.

Ha, salutan tu yang buat makanan rasa sedap sahaja nak kunyah, susah nak lemau, kadang-kadang makan serbuk tu sahaja pun dah cukup.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook yang juga peniaga Restoran Colek Bini mengenai cara membuat salutan tersebut dengan sempurna.

Bahan-bahan:

  • Tepung jagung – 200gm
  • Tepung beras – 250gm
  • Tepung kastard – 150gm
  • Soda bikarbonat
  • Air kapur
  • Kunyit – 1 sudu besar
  • Secukup rasa – 1 sudu besar
  • Pewarna kuning (serbuk)
  • Garam – 1/2 sudu besar
  • Gula 3 sudu kecil
  • Telur sebiji
  • Special : air sejuk (letak ais juga)

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan di atas sebelum masukkan air sejuk secara perlahan-lahan.

2. Salutan tersebut sesuai untuk celup ikan, pisang, mahupun sayuran cuma perlu jadikan ia pekat sedikit dan tidak terlalu cair.

3. Untuk salutan ayam pula, ia perlu cair sedikit dan tidak pekat seperti salutan pisang goreng.

4. Hasilnya, salutan tersebut akan berderai, rangup walaupun sudah sejuk.