Aiskrim baharu Farm Fresh jadi buruan ramai, mana nak cari?
Syarikat tenusu tempatan, Farm Fresh telah mengeluarkan produk terbaharu berupa aiskrim batang yang dijual di bawah jenama Cream Hauz.
Aiskrim itu disalut dengan vanila atau coklat dengan topping kacang tanah dan berharga kira-kira RM 2.90 hingga hampir RM4.00 setiap satu (bergantung lokasi dan kedai).
Daripada gambar-gambar yang dikongsikan netizen, aiskrim itu nampak premium dan berkualiti tinggi setanding jenama-jenama terkenal yang lain.
Tular di media sosial, orang ramai sudah mula bertanya di manakah aiskrim itu ada dijual.
Bagaimanapun, aiskrim tersebut masih belum boleh didapatkan secara meluas lagi.
Buat masa ini hanya beberapa tempat sahaja yang sudah menjual produk baharu Farm Fresh itu.
Menurut maklum balas orang ramai, rata-rata menyatakan aiskrim tersebut sedap — luaran crunchy, isi dalamnya lembut dan rasanya just nice tidak terlalu manis.
Difahamkan aiskrim itu hasil kerjasama sama dengan jenama aiskrim terkenal tempatan, Inside Scoop.
Untuk makluman, pada Februari 2023 lalu Farm Fresh telah memeterai perjanjian pembelian saham Inside Scoop. Sekaligus menguatkan lagi kedudukan Farm Fresh di dalam industri tenusu.