Rupanya ini harga Musang King di China, patutlah hantar dengan kapal terbang

Rupanya ini harga Musang King di China, patutlah hantar dengan kapal terbang

 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan harga durian Musang King yang dijual di Shenzen adalah sekitar RM350 sebiji.

Beliau berkata, buah berkulit keras dan berduri itu mendapat permintaan yang amat tinggi di sana.

”Hanya dalam masa beberapa jam, kesemua stok telah habis terjual.

”Saya difahamkan para pengimport durian dari China juga sedang mengkaji untuk membawa durian jenis lain seperti durian kampung ke pasaran China.

”Sama-sama kita berdoa agar pada masa hadapan, durian kampung juga akan mendapat permintaan yang tinggi di sini supaya semua penanam durian akan turut menikmati hasil daripada usaha ini,” katanya di Facebook .

Terdahulu beliau yang juga Presiden AMANAH dibawa melihat gudang pembungkusan dan pengedaran durian segar oleh syarikat Joy Ming Mau, Shenzhen.