Walaupun dah berumur 99 tahun, Tun M masih ‘steady’ pandu uji Proton S70
Pada tahun ini usia susuk tubuh insan disegani, Tun Mahathir Mohamad sudah mencecah 99 tahun.
Namun beliau masih lagi bertenaga untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti orang lain, termasuklah memandu sendiri.
Keupayaan beliau itu dibuktikan menerusi satu satu video klip yang dikongsikan TikTok @amofficialmy menunjukkan Tun Mahathir memandu uji sebuah Proton S70.
@amofficialmy Test drive Proton S70 #proton #protons70 @protoncarsofficial @chedetofficial @comel1studio
♬ Intense Hollywood movie style trailer music – Shota Low Matsumoto
Tun Mahathir juga mampu mengendalikan kereta menggunakan satu tangan sahaja.
Orang ramai mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat ‘Bapa Proton’, individu yang memikul tanggungjawab besar dalam menjadikan Proton satu jenama tempatan disegani dalam dan luar negara.
Dalam masa sama, orang ramai juga perasan kereta yang dipandu Tun Mahathir berbeza daripada spec Premium yang biasa.
Proton S70 Premium tidak mempunyai sunroof, bagaimanapun kereta itu dilengkapi sunroof.
Orang ramai berpendapat mungkin Proton membuat model S70 itu khas buat Tun Mahathir sahaja dan tidak boleh didapatkan di mana-mana.
Proton diasaskan oleh Tun Mahathir pada 7 Mei 1983 untuk membawa industri automotif tempatan bersaing ke arena antarabangsa.