Panaskan baki nasi boleh sebabkan keracunan, ini tip penting yang ramai tak tahu

Panaskan baki nasi boleh sebabkan keracunan, ini tip penting yang ramai tak tahu

 

Kadang-kadang, walaupun kita sudah mengira dengan teliti jumlah nasi yang hendak dimasak mengikut bilangan ahli keluarga di rumah, masih ada lebihan nasi yang tidak dimakan.

Jadi, apa yang patut anda lakukan dengan nasi yang berlebihan itu? Adakah ia sebaiknya disimpan untuk dipanaskan semula pada waktu makan seterusnya?

Memang betul, anda boleh memanaskan semula nasi yang sudah dimasak, tetapi terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ambil perhatian.

Ini kerana, memanaskan semula nasi yang disimpan boleh mendatangkan risiko keracunan makanan.

Risiko ini sebenarnya bukan berpunca daripada cara anda memanaskan nasi tersebut, tetapi lebih kepada bagaimana anda menyimpan lebihan nasi itu sebelum memanaskannya semula.

Oleh itu, amat penting untuk anda memastikan nasi disimpan dengan cara yang betul agar dapat mengelakkan sebarang masalah kesihatan yang tidak diingini.

Justeru, dikongsikan tip daripada Hello Doktor tentang bagaimana anda seharusnya menyimpan, memasak dan memanaskan baki nasi di rumah.

Idealnya, sajikan nasi panas-panas sejurus setelah dimasak dan segera dihabiskan. Jangan tinggalkan nasi sejuk pada suhu bilik dalam keadaan terbuka selama lebih daripada 1 jam.

Namun jika kenyataannya terdapat nasi yang tersisa, segera sejukkan dengan membahagikannya dalam bekas makanan yang kecil, tutup rapat lalu simpan terus nasi yang masih panas tersebut ke dalam peti sejuk atau freezer.

Lakukan ini sebaiknya dalam 1 jam sejurus nasi dimasak. Simpan nasi dalam peti sejuk selama tidak lebih daripada 1 hari sehingga waktunya dipanaskan kembali.

Ikuti tips di bawah ini ketika ingin memanaskan nasi sebelum dihidangkan kembali.

1. Dengan microwave

  • Letakan nasi dalam bekas terbuka yang boleh diletakkan dalam microwave.
  • Tambahkan 1-2 senduk makan air.
  • Panaskan selama 3-4 minit dalam suhu 73º Celsius. Jika tidak yakin, gunakan termometer makanan.
  • Sajikan segera.

2. Dengan menumis

  • Tumis nasi atas periuk yang sedikit berminyak dalam api sedang.
  • Nasi yang sudah sejuk biasanya bergumpal. Oleh itu, kacau nasi sehingga gumpalannya terpisah.
  • Pastikan suhu dalam nasi setidaknya 73 darjah celcius.
  • Sajikan segera sewaktu masih hangat.

3. Dengan mengukus

  • Isi alat kukus dengan separuh air. Tunggu hingga mendidih.
  • Masukkan nasi baki yang sudah anda tempatkan dalam mangkuk stainless.
  • Tutup kukusan dan panaskan nasi dengan menyeluruh, kacau sesekali.
  • Sajikan segera sewaktu panas.

Sewaktu anda memanaskan nasi, selalu periksa bahawa nasi anda benar-benar panas mengepul keseluruhannya (hingga ke bahagian bawah nasi). Jangan panaskan nasi lebih dari satu kali.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.