Gara-gara tak puas hati dapat markah kosong, ahli keluarga peserta breakdance kecam juri Olimpik

Gara-gara tak puas hati dapat markah kosong, ahli keluarga peserta breakdance kecam juri Olimpik

 

Berbeza dengan Olimpik sebelum ini, ada keunikan di Olimpik Paris 2024 di mana ia memperkenalkan  breakdancing  sebagai satu sukan rasmi dan termasuk dalam salah satu acara sukan Olimpik ini. Dari situ, dapat kita lihat penari-penari berentap menunjukkan aksi mereka.

Acara ini memang menjadi tumpuan ramai terutamanya apabila ada salah seorang peserta dari Australia, Rachel Gunn ini tular sehinggakan ia menjadi satu meme di media sosial seluruh dunia.

Menurut sumber, Rachel Gunn atau dikenali sebgaai Raygun, memperoleh markah kosong dalam perlawanan tersebut dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati ahli keluarga mereka terhadap tindakan juri yang tidak memberikan markah terhadap peserta yang berusia 36 tahun ini.

Andrew Free, bapa mentua Raygun menerusi media sosial pada hari Sabtu lepas menyalahkan para juri atas prestasi buruk menantunya itu.

“Ia adalah pertandingan yang cukup tersusun dan para juri jelas mencari gaya unik tertentu yang bukan milik Rachael.”

“Walaupun mereka sepatutnya menilai dari lima aspek berbeza, pada pendapat saya yang jelas mereka berat sebelah, mereka tidak memberi ganjaran kepada keaslian dan muzik, jadi dia menentangnya.

“Tapi apa yang utama ialah dia mewakili Australia dan beraksi di Sukan Olimpik dengan berani dan bermaruah”

Menurut laporan Dailymail, juri akan menilai persembahan mereka dari 5 aspek iaitu teknik, pelaksanaan, muzik, keaslian dan perbendaharaan kata (vocabulary).

Walau bagaimanapun, ketua juri, Martin Gilian atau lebih dikenali sebagai MGbility memujinya kerana “keaslian” dan “membawa sesuatu yang baru”.

“Dia mendapat inspirasi daripada persekitarannya, yang dalam kes ini, sebagai contoh, adalah kanggaru.”

“Kami mempunyai lima kriteria dalam sistem penghakiman kompetitif dan tahapnya mungkin tidak setinggi pesaing lain,” kata MGbility.

“Tetapi sekali lagi, itu tidak bermakna dia sangat teruk. Dia melakukan yang terbaik. Dia memenangi kelayakan Oceania… malangnya baginya, b-girls yang lain lebih baik.”

Screenshot 2024 08 14 154127

Gunn telah ditawarkan sesi terapi kesihatan mental kerana beberapa reaksi terhadap persembahannya, menurut Sergei Nifontov, Setiausaha Agung Persekutuan Sukan Tari Dunia (WDSF).

Beliau berkata WDSF telah berhubung secara langsung dengan Gunn dan pegawai pasukan Olimpik Australia untuk menawarkan sokongan daripada pegawai perlindungan.

“Kami sedar tentang apa yang berlaku terutama di media sosial dan pastinya kami harus meletakkan keselamatan atlet, dalam hal ini, keselamatan mental jadi keutamaan” katanya.

Dalam pada itu, Gunn sebelum ini ada berkata yang dia tidak akan pernah menyaingi kehebatan pesaingnya itu.

“Saya tidak akan pernah mengalahkan gadis-gadis ini pada apa yang mereka lakukan yang terbaik  Apa yang saya bawa ialah kreativiti.”

Bagaimanapun sukan breakdance ini dikatakan tidak dipastikan sama ada ia akan ditampilkan di Sukan Olimpik Los Angeles pada 2028 kerana mempunyai banyak perkara yang diperkatakan.

Peserta dari Lithuania, Dominika Banevic, yang dikenali sebagai B-Girl Nicka, dianggap melakukan ketidakseusaian budaya kerana memakai durag – penutup pada lilitan kepala yang dipakai oleh orang Afrika untuk mengikat rambut untuk bekerja. Ia menjadi popular dalam fesyen hip hop pada tahun 1990-an.

Bahkan, peserta, Manizha Talash telah hilang kelayakan kerana memakai jubah yang mempunyai mesej elemen politik yang bertulis “Bebaskan Perempuan Afghanistan”. Memaparkan mesej politik adalah dilarang sama sekali di bawah peraturan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).