Pelancong China jadikan bangunan Maybank di Kota Kinabalu tempat tumpuan bergambar
Jika di Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas menjadi tempat hotspot untuk bergambar, siapa sangka bangunan Maybank yang terletak di Sabah ini mula mendapat perhatian oleh pelancong.
Baru-baru ini, sebuah bangunan Maybank yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah dilaporkan semakin mendapat populariti untuk bergambar di kalangan pelancong dari China. Bangunan Maybank itu dikatakan sedang dalam proses renovation sekaligus tiada aktiviti atau pergerakan manusia menjadikan ia lebih estetik untuk bergambar.
Sudah menjadi perkara wajib pula buat mereka yang datang ke sini untuk bergambar di hadapan bangunan Maybank. Warga tempatan sememangnya teruja melihat betapa cantiknya hasil gambar yang dipamerkan oleh pelancong-pelancong berkenaan.
Bagaimanapun, timbul persoalan oleh warganet mengapa bangunan Maybank tersebut menjadi tempat kegemaran untuk bergambar walhal ia bukanlah satu tempat bersejarah atau istimewa di kalangan warga setempat.
Sebahagian netizen berpendapat bangunan Maybank ini boleh jadi sebagai bukti yang mereka berada di Malaysia kerana kewujudan bangunan in hanya terbina di sini.
Bagi peminat fotografi mungkin tempat ini mempunyai keunikan tersendiri yang membuatkan ia menjadi tempat tumpuan.
Apa-apa pun, negara kita sangat menyambut kedatangan pelancong datang ke sini disebabkan boleh merancakkan ekonomi negara dan juga penduduk setempat.