Ramai tak tahu sebab apa Azmil Mustapha berhenti berlakon, Alya Iman akhirnya dedah pesanan arwah ayah

Ramai tak tahu sebab apa Azmil Mustapha berhenti berlakon, Alya Iman akhirnya dedah pesanan arwah ayah

 

Kebanyakan mereka yang sudah lama bergiat dalam industri seni akan menghalang anak mereka daripada memasuki bidang, bukan di Malaysia sahaja malah serata dunia.

Ini kerana setiap industri seni ini ada sisi gelap yang tidak diketahui umum namun pernah dirasai oleh mereka dalam bidang sama.

Pelakon yang namanya semakin meningkat naik, Alya Iman yang juga anak kepada pelakon tahun 80-an Allahyarham Azmil Mustapha.

Dalam satu temu bual bersama Nona, Alya mendedahkan bahawa arwah bapanya tidak membenarkan dia untuk masuk ke dalam industri seni.

“Sebenarnya dia (arwah ayah) tak bagi saya jadi pelakon, dia kata industri ini sangat bahaya sebab itu dia tidak lagi berada di dalam industri.

“Dia tak pernah bagi tips dan tak pernah cakap tentang lakonan dengan saya. Jadi saya buat sahaja dan tengok filem-filem dia sebelum ini.

“Tapi saya nak elakkan untuk mengingati perkara itu sebab saya sangat beremosi dan mudah menangis,” ujar dalam temu bual yang dimuat naik di TikTok.

Pada masa sama Akya mendedahkan dia mengalami masalah kesihatan mental iaitu Gangguan Kebimbangan Sosial (social anxiety).

Perkara tersebut mengeruhkan lagi keadaan apabila pelakon berusia 23 tahun itu perlu menjadi model di pentas peragaan.

Jelasnya itu adalah kali pertama dan terakhir dia memberanikan diri untuk memperaga di atas pentas, malah mengakui masih gemuruh apabila berada di khalayak ramai.

@nona.my

Teruja melihat kejelitaan anak dara kepada pelakon terkenal, arwah Azmil Mustapha yang dilihat semakin jelita dan matang membawa dirinya dalam industri seni. Walaupun pernah dirundung kontroversi, Alya Iman tetap optimis mengejar impian walau tanpa figura seorang bapa di sisi, mengharapkan dirinya kuat mendepani cabaran dalam bidang seni. #majalahnona #imanilya

♬ original sound – NONA – NONA