Pelanggan ‘play victim’ lepas kantoi menipu kata dah bayar pada peniaga guna QR

Pelanggan ‘play victim’ lepas kantoi menipu kata dah bayar pada peniaga guna QR

 

Dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang sedikit sebanyak telah memudahkan kehidupan seharian kita

Contohnya seperti kemudahan pembayaran yang lebih mudah dan menjimatkan masa kerana kita tidak perlu membayar wang ringgit yang banyak. Sekarang boleh online banking atau pun QR Pay sahaja.

Baru-baru ini tular sebuah perkongsian di TikTok apabila seorang peniaga meluahkan rasa geramnya selepas ditipu oleh seorang pelanggan.

Pelanggan mengamuk lepas terkantoi dengan peniaga

Menerusi video tersebut, kejadian tersebut berlaku semasa dia berniaga di sebuah pasar malam selepas peniaga berkenaan kerugian kira-kira RM85.

Difahamkan, pelanggan itu konon ada memberitahu telah membuat pembayaran menggunakan kaedah QR Pay.

Namun, peniaga berkenaan memberitahu duit tersebut tidak memasuki akaunnya dan dia tidak dibenarkan mengambil bungkusan makanan tersebut.

“Dia kata dia bayar guna QR, saya cakap boleh. Ketika itu pelanggan sedang ramai, dia tunjuk telefon bimbit kepada saya dan memaklumkan sudah bayar.

“Tapi saya perasan di bahagian bawah tertera perkataan ‘Pay’ bermakna dia belum tekan. Lepas itu di telefon saya tidak ada bunyi tanda dah masuk.

“Selepas itu dia tiba-tiba menjerit apabila saya kata duit belum masuk. Dia macam ‘play victim’ bila dah kantoi, lepas itu dia baling makanan tu atas meja jualan dengan pelanggan tengah ramai,” katanya.

Situasi mula menjadi tegang selepas peniaga berkenaan mula merasa marah dengan tindakan pelanggan terbabit sehingga dia ada mengambil senduk.

Namun, perkara tersebut dihalang orang ramai dan pelanggan terbabit terus beredar.

Selepas perkongsian video tersebut, netizen telah mencadangkan agar peniaga berkenaan membeli QR sound box yang lebih memudahkan untuk dia mengetahui duit telah pun masuk.

@mokyuss_73

zaman sekarang macam2 ada#fyp

♬ original sound – mokyuss_73 – mokyuss_73

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 2.7M views, 146.2K likes dan 3,445 comments di TikTok

Image from @mokyuss_73 (TikTok)

Image from @mokyuss_73 (TikTok)

Image from @mokyuss_73 (TikTok)

Image from @mokyuss_73 (TikTok)