2 astronout NASA terkandas di angkasa lepas sampai tahun 2025

2 astronout NASA terkandas di angkasa lepas sampai tahun 2025

 

Dalam satu kisah yang mirip dengan filem Hollywood, The Martian, dua angkasawan NASA, Barry Wilmore dan Suni Williams, sedang menghadapi cabaran terkandas di angkasa lepas.

Pasangan ini ke angkasa lepas menaiki Boeing Starliner pada 5 Jun lalu, dengan misi hanya untuk tinggal selama lapan hari, lapor Unilad.

Namun kini berkemungkinan mereka perlu tinggal selama tujuh bulan di sana.

Lebih 60 hari telah berlalu sejak mereka meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), dan sepanjang tempoh itu, kru telah menemui kerosakan dan kegagalan di bahagian kapal angkasa mereka.

Keadaan semakin cemas apabila kapsul yang mereka naiki mengalami lima kebocoran, lima pendorong manuver mati, dan satu injap yang gagal ditutup sepenuhnya.

Pada awalnya, terdapat kebimbangan bahawa Wilmore, 61, dan Williams, 58, hanya mempunyai maksimum 72 hari untuk bertahan.

Namun, kini difahamkan bahawa mereka mungkin terperangkap di luar planet ini sehingga tahun 2025.

Pengurus Program Krew Komersial NASA, Steve Stich, menjelaskan bahawa jika ujian membuktikan pesawat terlalu berisiko untuk perjalanan pulang, mereka mungkin terpaksa kembali dengan penerbangan pulang SpaceX’s Crew-9.

Namun, misi SpaceX itu tidak akan siap sehingga Februari.

Misi SpaceX pada mulanya dijadualkan berlepas pada 18 Ogos, tetapi berlaku kelewatan, di mana ia dijangka berlepas pada 24 September.