Terima komen menyakitkan hati ketika live, netizen sebak tengok Puteri Sarah menangis di bahu Andi Arsyil

Terima komen menyakitkan hati ketika live, netizen sebak tengok Puteri Sarah menangis di bahu Andi Arsyil

 

Meninjau ke satu akaun TikTok, perkongsian sedikit sedutan video live Puteri Sarah Liyana dan Andi Arsyil telah membuatkan ramai rasa tersentuh hati apabila melihat Sarah secara tiba-tiba menangis dan tidak dapat menahan sebaknya.

Ini berpunca daripada komen negatif salah seorang netizen dalam sesi live tersebut. Difahamkan individu itu menggelarkan Sarah seorang janda dan memberi komen yang menyak1tkan hatinya.

Akibat daripada komen tersebut, Andi cuba membalas dengan menyatakan yang Sarah melakukan segala ini untuk mencari rezeki dan berharap komen-komen yang baik buat Sarah.

Kata-kata yang diberikan oleh Andi ini telah membuatkan Sarah berasa sebak dan menangis. Sarah memalingkan wajahnya agar netizen tidak dapat melihat kesedihannya.

Pastinya kata-kata daripada Andi itu menyentuh hatinya yang sekian lama terpendam.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 6 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sikap gentleman yang ada pada Andi membuatkan ramai memujinya.

Malah di akhir video, Andi meminta Sarah memaafkan sahaja kepada netizen yang mengatanya.

@kelepakkelempong

malam ni live PSL dgn AA menjadi sedih,kpd yg ckp buruk tu pasti hati dia sebusuk manusia!sabarla psl..anda seorang wanita yg hebat!nasib ada bahu AA yg dapat kurangkan lelah mu..teruskan berjuang! #andiarsyil #puterisarahliyana #fypシ #fyp #fypシ゚viral

♬ Merayu Tuhan – Tri Suaka

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen apabila melihat kesedihan Sarah. Antara komen-komen yang diberikan :

” Bila memndam rasa akhirnya trlerai juga tangisan. kita nampak dia kuat, tapi apepun cuma dia yg twu sakitnya nk bgkit bina hdup.. “

” Kita yang tengok tadi pun nangis. So touching, Moga wanita hebat ini terus kuat! AA so proud of you atas kata2 nasihat dan semangat untuk PSL.. “

” Nape sarah nangis? dpt komen apa? tak sempat tgk live sedih ni tadi.. Respect kat andy..tetap hormat sarah..tak pernah sentuh sara.. “

” Respeck sgt dkt andy ni lelaki yg positif suport sarah.. ps ni kalau nak cari atau sailang mana2 dato boleh je..tapi dia lebih memilih jadi wanita yang berdikari.. “

” Alahh sweetnya AA ni , sedih sangat masa sarah tumpang bahu AA lepaskan kesedihan dia.. semoga Allah jodohkan sarah dgn andi.. amin.. “

” Lelaki yg tepat. Matang,memahami, supportive, menjaga batas semampunya, agama baik.Mereka slg melengkapi. Semoga berjodoh. Aamiin.. “

” Dia sgt perlukan bahu utk meluahkan segalanya.. semoga bertemu jodoh secepatnya.. Dia dh sdih tpi dia tahan jek.. bila ade yg ckp cmtu ayat sdih2 lagi laaa air mata laju…. “

” Thanks AA always by her side. Sarah really need someone yg boleh jaga dan protect dia. Semoga kalian berjodoh. Aminn.. “

Oleh kerana sikap Andi yang sangat sweet ini, ramai yang mendoakan mereka agar berjodohan walaupun hubungan Sarah dan Andi merupakan rakan perniagaannya.

Semoga Puteri Sarah Liyana tabah melalui kehidupan dan dipermudahkan segala urusan.