Muka & kepala ditutup, pegawai polis langgar pelajar dikawal ketat PDRM
Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) yang didakwa membunuh pelajar lelaki tingkatan lima, dibawa ke Kompleks Mahkamah Ipoh pada hari ini dengan dikawal ketat.
Media melaporkan tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang hadir ke mahkamah diiringi lima anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang lengkap memakai topeng muka dan berpakaian gelap.
Dapat dilihat, kepala dan muka tertuduh turut ditutup dengan sehelai kain hitam dalam keadaan tangan bergari.
Difahamkan, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Selain itu, turut dipaparkan sebanyak lima kenderaan bercermin gelap milik PDRM digunakan untuk membawa keluar pegawai polis yang dipercayai membunuh calon SPM setelah tamat prosiding di mahkamah.
Sebanyak lima buah kereta milik PDRM digunakan untuk membawa keluar pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, setelah tamat prosiding pertuduhan melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin.… pic.twitter.com/DD2uJEp83a
— SinarHarian (@SinarOnline) December 18, 2023
Menurut sumber, sebahagian media meluahkan rasa kecewa dengan kawalan polis yang mengiringi suspek kerana tidak memberi ruang kepada jurugambar untuk mengambil gambar suspek.
Media Kecewa: Pegawai Polis Langgar Mati Pelajar SPM Dikawal Enam Kenderaan Polis#malaysiagazette #mgperak #zaharifaffendi pic.twitter.com/FWHeeNkaGn
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) December 18, 2023
Hal ini turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan perbezaan layanan yang dikenakan tertuduh dengan pesalah-pesalah lain.
Bagaimanapun, ada juga yang memberi pandangan tertuduh yang dikawal ketat sebegini tetap diberi layanan sama dengan pesalah-pesalah lain.