Berbaju seksi sambut tahun baru, ramai terkejut dengan penampilan Riena Diana
Baru sahaja dikhabarkan putus cinta selepas 4 tahun menjalinkan hubungan dengan teman lelaki, pelakon, Riena Diana dilihat ceria bersama kenalan menyambut tahun baru malam tadi yang kebetulan jatuh pada malam minggu.
Pakai tank top je?
Perkongsian Riena di Instagram miliknya telah menarik perhatian ramai apabila penampilannya dengan pakaian yang agak mencolok mata menghadirkan pelbagai komen negatif dari netizen.
Mana tidaknya, pelakon drama Kampung People itu dilihat berani menggayakan tank top berwarna hitam dipadankan dengan skirt berwarna sama.
Sambut tahun baru dengan rakan2
Dia juga turut bergambar bersama rakan-rakannya yang turut berpenampilan hampir serupa dengan menyertakan sekali kapsyen dengan mengatakan betapa bahagianya dapat berkumpul bersama kenalan yang ‘sekepala’ pada malam tahun baru.
Terima kasih kelana ‘belanjer’
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut melihat penampilan pelakon yang sinonim dengan watak Lailer ini. Rata-rata mereka berasa pelik apabila selebriti berkenaan semakin seksi dan berani menayang badan dengan pakaian yang agak terdedah seperti itu.
Lain macam azam tahun baru
Baca doa tahun baru bagi faham maksud ye
Lepas kata putus cinta kemain lagi ‘meyeksi’
Lailer kenapa makin seksi?
Terdahulu, Riena Diana memaklumkan yang hubungan cintanya dengan jejaka dikenali sebagai Nik Afiq terkandas apabila sudah tidak bersama lagi.
Mereka sebelum ini dikhabarkan merancang untuk berumah tangga selepas 4 tahun menjalinkan cinta namun hasrat tersebut nyata tidak kesampaian.
Sumber: Instagram Riena Diana