Pelakon Bollywood ditemui maut, gantung diri di bilik air set penggambaran

Pelakon Bollywood ditemui maut, gantung diri di bilik air set penggambaran

Seorang pelakon Bollywood dikenali sebagai Tunisha Sharma ditemui meninggal dunia dipercayai membunuh diri di lokasi penggambaran siri Vasai di Maharashtra, Mumbai, India pada Sabtu.

Tak munculkan diri selepas ke bilik air

Menerusi laporan dari NDTV, sebelum kejadian, Tunisha dipercayai menghilangkan diri selepas pergi ke bilik air dan tidak muncul dalam tempoh yang lama.

 

 

Tergantung di kipas

Disebabkan itu, krew telah mencarinya di bilik air dan memecahkan pintu sebelum mendapati dia berada dalam keadaan tergantung di kipas siling.

Mereka cuba untuk menyelamatkan pelakon berusia 20 tahun itu sebelum bergegas membawanya ke hospital. Namun, usaha tersebut gagal.

 

Menurut laporan polis Waliv, Sharma didapati menggantung diri pada kipas siling dalam bilik solek.

Menjengah ke ruangan komen di Instagram pelakon itu, ramai yang meluahkan rasa sedih dan tidak percaya diatas kematian selebriti muda terbabit.

Sempat muat naik gambar terbaru

Dia yang mempunyai lebih dari satu juga pengikut di media sosial berkenaan difahamkan merupakan pelakon berbakat dan sudah memulakan karier dalam bidang seni sejak berusia 3 tahun.

Dalam muat naik terakhirnya, dia telah meninggalkan kapsyen mengatakan sesiapa yang telah dipacu dengan minat tidak akan berhenti.

 

Sumber: NDTV