Tetap happykan anak-anak, peminat puji Puteri Sarah kuat walau dihenyak masalah

Tetap happykan anak-anak, peminat puji Puteri Sarah kuat walau dihenyak masalah
Umum mengetahui yang nama pelakon Puteri Sarah Liyana kini kembali meniti di bibir netizen selepas khabar angin mengenai suaminya, Syamsul Yusof dikatakan telah bernikah dengan Ira Kazar hangat bertebaran.
Menerusi kemas kini di Instagram beberapa hari lalu, Sarah seperti memberi gambaran mengenai kehidupan bermadu, selain memuat naik tangkap layar peminat yang turut mendakwa suaminya sudah bernikah satu lagi.
Hal ini menjadi lebih memburuk apabila Syamsul memberitahu mahu menyaman JAWI gara-gara mendakwa institusi itu mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.
Namun hal-hal berkenaan tidak membataskan Sarah untuk membawa anak-anaknya Syaikhul Islam dan Sumayyah untuk pergi bercuti.
Terkini, Sarah berkongsi yang dia dan dua buah hatinya itu telah tiba di Tokyo, Jepun.
Meninjau ruangan komen, ramai antara pengikut Sarah yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.
“Wajie bangga dengan Puteri Sarah. You are a role model for all mothers in this world. No matter what happens in our life… put your children’s happiness first. Enjoy Sarah.”