Sempat video call sebelum hembus nafas terakhir, Bapa mertua influencer Aleeya Zailan meninggal dunia
Belum seminggu menjejakkan kaki di Tanah Suci bagi tujuan menunaikan umrah, Aleeya Zailan menerima duka pemergian bapa mentuanya. Haji Abdul Aziz Baharum atau lebih mesra digelar dengan nama Tok Aziz menghembuskan nafas terakhir pada jam 5:22 pagi, tanggal 21 Disember iaitu Rabu lalu.
Kami balik Malaysia tak? Jawapannya tak…Atok Aziz dah selamat dikebumikan
Bagi menjawab persoalan ramai, usahawan ini menjelaskan mereka tidak balik ke Malaysia dan akan meneruskan ibadah tersebut. Hanya doa dari jauh sahaja yang dapat dikirimkan dengan harapan semoga Allahyarham Tok Aziz tenang di kalangan orang beriman.
Sedih sangat kami tak dapat bersama abah di saat-saat terakhir
Dalam sebuah video terbaru yang dikongsikan, Aleeya berkata mereka sudah membuat solat ghaib untuk Tok Aziz. Dia juga meminta doa ramai semoga mereka dapat menunaikan satu umrah lengkap yang diniatkan atas nama Allahyarham. Sering dilihat ceria, wajah sugul Bigboss ketika video call kali terakhir dengan bapanya cukup menghibakan ramai.
@aleeyazailanavenys sedih sangat kami tak dapat bersama abah ketika saat terakhirnya😭 Allah maha mengetahui dan ini adalah dugaan buat kami sekeluarga sementara berada disini. Anak-anak semua rindukan abah… mereka sayang sangat kat atok aziz ni. manjanye mereka dgn atok aziz x yah cakap la. semoga Abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah (dibaca)
Walau tak kenal, kami selalu tengok Tok Aziz dalam live Aleeya…Takziah
Walaupun tiada sebarang pertalian, netizen ikut sedih kerana mereka sering melihat kemunculan Tok Aziz video-video live Aleeya. Pemergian lelaki berumur itu juga cukup memberikan kesan dan ratusan orang telah mengucapkan salam takziah kepada pihak keluarga.
Kredit : FB Aleeya Zailan, TikTok Aleeya Zailan, IG Aleeya Zailan