Selepas 15 hari dilaporkan hilang, tulang dan rangka Mak Cik Senah kini ditemui

Selepas 15 hari dilaporkan hilang, tulang dan rangka Mak Cik Senah kini ditemui

Tempoh hari sempat kecoh di sekitar kawasan Felda Sungai Selamah selepas seorang warga emas berusia 74 tahun yang bernama Aliah Omar telah dilaporkan lesap. Wanita tersebut yang senang dipanggil sebagai Mak Cik Senah itu didapati keluar dari rumah dan tidak pulang-pulang kerana si anak mendapati sarapan dihidangkan langsung tak disentuh.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh penduduk kampung serta agensi kerajaan telah temui jalan buntu

Pada tarikh yang sama, misi pencarian warga emas tersebut telah pun dimulakan oleh penduduk kampung dan turut dibantu oleh pihak berkuasa seperti bomba dan juga polis. Namun dari hari pertama sehinggalah hari ketujuh, masih tiada sebarang petunjuk di mana keberadaan wanita berusia tersebut. Malah laungan azan turut dilakukan berkali-kali di lokasi berdekatan tapi tetap menemui jalan buntu.

 

 

Apa yang saya risaukan kesihatan ibu, makan minumnya sebab kalau kita tak makan sehari pun sudah lemah

Menerusi portal Sinar Harian tempoh hari, anak bongsunya iaitu Che Roshidee Che Harun risau akan keselamatan si ibu yang hanya berbaju kurung warna hijau selain turut bergantung pada ubat-ubatan atas faktor kesihatan. Lelaki tersebut turut risau dengan urusan makan minum Mak Cik Senah sepanjang kehilangan berkenaan.

 

Rangka dan tulang dipercayai milik Mak Cik Senah dijumpai di ladang sawit

Walau bagaimanapun terbaru petang semalam, tulang dan juga rangka dipercayai milik warga emas tersebut telah pun ditemukan di ladang sawit Felda Sungai Kelemah. Difahamkan pengecaman juga sudah dibuat oleh anaknya berdasarkan pakaian dan telah disahkan sebagai Aliah Omar.

Kredit: Portal Harian Metro & Sinar Harian , Facebook Azmi AzmiHadi Hilman