“Nampak berisi” pakai dress ikat belakang, netizen dakwa Neelofa hamil anak kedua?
Gara-gara memakai dress bertali belakang, usahawan dan selebriti popular Neelofa didakwa sedang hamil cahaya mata kedua.
Spekulasi tersebut timbul selepas seorang pengguna TikTok, @seorangnur berkongsi satu video kelihatan selebriti berusia 33 tahun itu sedang menjayakan penggambaran bersama suaminya Haris Ismail.
@seorangnur Kita letak yang maneh2 ada 2 orang ni je 🤭😜 #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca
Video berdurasi 15 saat itu memperlihatkan Neelofa mengenakan dress berona hijau yang diikat pada bahagian belakang membuatkan netizen mendakwa penampilan berkenaan sinonim dengan ibu hamil.
Malah, segelintir individu juga menilai pengerakan bekas pengacara MeleTOP itu yang dilihat agak sukar untuk duduk ketika menghulurkan secawan air kepada suaminya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen sedemikian selain turut mendakwa fizikal ibu kepada seorang anak lelaki Muhammad Bilal itu dilihat semakin berisi.
Rasanya macam hamil ni?
Nampak ‘baby bump’?
Biasa kalau dress ikat belakang, hamil…
Berisi lain macam
Terdahulu, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor didakwa sedang berbadan dua selepas dilihat berkerusi roda ketika tiba di lapangan terbang di Brunei atas urusan perniagaan.
Sumber: TikTok @seorangnur , Instagram Neelofa