Nama dipetik tak bantu banjir, Abang Viva jawab jujur “Saya ni sukarelawan bukan kerja tetap”
Tidak pernah minta disanjung atau dijulang sama sekali, nama Azwan Omar a.k.a Abang Viva yang diangkat sebagai wira banjir sejak tahun lalu pasti masih diingati sehingga sekarang. Hanya menggunakan kereta bersaiz kecil dan modal sendiri, dia tidak kira meredah ke negeri lain demi membantu individu terlibat.
Modal kitaorang pakai sendiri…Saya habiskan seorang hampir RM1k, minyak & tol saja
Namun baru-baru ini melalui sebuah video live, Abang Viva sempat menjawab pertikaian kononnya dia tidak kelihatan di lokasi terjejas banjir. Tegaskan semula bahawa dirinya cumalah seorang sukarelawan, lelaki berusia 30 tahun itu menjelaskan secara terperinci mengenai pengeluaran modal peribadi bernilai ribuan ringit sekiranya mahu bergerak ke negeri tertentu.
@4wilayahnara di mana kamu abang viva.🥺#tahunbaru2023 #fypage #fypシ #banjir2022 #xyzbca #abangviva #malaysia #fyp #fypシ゚viral #fypシ゚viral
Kalau ada elaun takpe…Masalahnya kena fikir saya dah kahwin ada anak bini nak bagi makan
Berbeza dengan dulu, sekarang lelaki berusia 30 tahun ini juga sudah berkahwin dan perlu fikir jauh mengenai keutamaan menafkahi anak isterinya. Bukanlah hendak mengungkit, sebaliknya Abang Viva harap netizen faham bahawa kerja membantu banjir itu adalah secara sukarela tanpa dibayar. Justeru agak tidak adil sekiranya pihak di luar sana mahu mencetuskan pertikaian andai dia tak turun padang.
@chaiyoe9 Luahan hati abang viva,dah takde modal katanya nk tolong selamatkan mangsa banjir,pakai duit sendiri je,.rehat la abang viva,setiap daerah dah ada agensi keselamatan,kalau nk tolong pum tolong kawasan berdekatan,tak perlu modal yg besar,.#luahanhati #abgvivaviral
Dulu bujang, sekarang dah kahwin…Fahamilah kewangan dia
Melalui ruangan komen, ramai netizen yang menyaksikan video live penuh mengatakan sebenarnya Abang Viva terlibat dengan misi membantu di Terengganu cuma ia tidak diwar-warkan. Setuju dengan penjelasan itu, buat masa sekarang dia selaku suami sudah pasti tahu tanggungjawab mana yang jauh lebih penting.
Kredit : TikTok 4 wilayahnara & Chai