“Boleh letak lilin” gambar pakai baju nampak pusat Norren Iman jadi perhatian netizen
Pempengaruh media sosial dan pelakon, Norreen Iman sekali lagi mengundang perhatian orang ramai apabila berkongsi gambar dirinya ‘berposing’ yang menampakkan bahagian pusat di laman Instagram.
Menerusi hantaran tersebut, pelakon berusia 28 tahun itu menulis kapsyen bertanya suaminya Razzi Razak sekiranya gambar yang dimuat naik itu kelihatan comel.
“Hai @razzirazak, comel tak bini awak?,” tulisnya baru-baru ini mengenakan baju berwarna hitam dipadankan dengan seluar ungu.
Gambar berkenaan meraih lebih 50,000 tanda suka dan sebanyak 735 komen ditinggalkan warganet yang rata-rata lebih tertumpu kepada bahagian pusatnya.
Jika dilihat pada ruangan komen, ramai pengikut memberikan teguran menyifatkan tindakan pelakon drama Cina Buta itu tidak patut mendedahkan bahagian tersebut.
Bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu kagum dengan tahap keyakinan yang ada dalam diri Norreen meskipun menyedari tentang tanggapan buruk netizen terhadap dirinya.
Tidak kurang ada pengikut prihatin mengenai keadaan selulit pada permukaan kulitnya yang menjadi kebiasaan bagi golongan ibu selepas melahirkan anak.
Sekadar pesan, api akhirat lagi panas
Mana nak dapat keyakinan macam ni?
Kenapa terdedah sana sini
Yakinnya sis! Doa yang baik-baik je la
Alamak kenapa macam ni Norreen
Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu mencuri tumpuan pengikut apabila berkongsi gambar berciuman dengan suami namun disunting menjadi kabur.
Sumber: Instagram Noreen Iman