Penyokong Malaysia pakai jersi Kedah di stadium Qatar, disangka sokong ‘geng LGBT’

Penyokong Malaysia pakai jersi Kedah di stadium Qatar, disangka sokong ‘geng LGBT’

Kehangatan Piala Dunia Qatar semakin dirasai apabila sudah menghampiri perlawanan akhir. Selain daripada pasukan yang layak ke separuh akhir Piala Dunia, penyokong dari Malaysia yang turut turun ke stadium di Qatar juga menjadi sorotan.

Namun, menerusi perkongsian dari Harian Metro, seorang penyokong asal Malaysia telah  ditahan hampir setengah jam di pintu masuk Stadium Al-Byat hanya disebabkan jersi Kedah yang dipakai olehnya.

Penyokong dari Malaysia

Zulfadli Ahmad Tajuddin yang datang dari Johor telah menyarung jersi pasukan Kedah telah disyaki memakai jersi yang mempunyai unsur-unsur promosi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Salah faham tersebut membuatkannya ditahan hampir setengah jam memandangkan pihak keselamatan disana menyangka jersi bercorak petak-petak itu seperti  unsur-unsur warna pengamal LGBT.

“Saya terpaksa google dan menunjukkan gambar jersi ini sebenarnya adalah jersi rasmi sebuah pasukan bola sepak di Malaysia,”katanya.

 

Ditahan ingat sokong geng pelangi

Ditanya tentang perasaannya ketika kejadian, Zulfadli mengatakan yang dia sudah terbayang rasa kecewa kerana tidak dapat masuk serta sedikit cemas dengan kejadian tersebut kerana tahu hukuman yang akan dikenakan terhadap penyokong LGBT di Qatar.
“Saya cemas dan sudah mula membayangkan akan kecewa amat sangat kalau tak dibenarkan masuk. Saya difahamkan bahawa mengamalkan seks songsang (LGBT) di Qatar adalah dilarang sama sekali dan boleh dipenjara,” katanya.

Difahamkan, temu bual tersebut dilakukan oleh  Datuk Jasni Shafie di Qatar yang merupakan pengulas sukan serta pengendali Program Dari Tepi Padang.

Piala Dunia Qatar 2022 dijangka akan mengakhiri saingan pada Isnin depan dimana dua pasukan yang memenangi saingan di peringkat separuh akhir akan berentap bagi merebut Piala Dunia pada tahun ini.

Sumber: Harian Metro, Facebook Zul Fadli