Tular momen pemain Marocco manari bersama ibu raih kejayaan tumpaskan Portugal, buat ramai tersentuh hati
Piala Dunia Qatar 2022 semakin tiba ke penghujungnya dan malam tadi dunia menyaksikan satu sejarah baharu tercipta apabila Morocco berjaya menewaskan Portugal 1-0 sekaligus menjadi pasukan pertama dari Afrika yang mara ke separuh akhir Piala Dunia.
Kejayaan mereka itu merupakan salah satu ‘kejutan’ yang paling menarik berlaku di Piala Dunia edisi kali ini.
Pastinya momen-momen selepas perlawanan malam tadi juga menjadi perhatian ramai. Seperti kebiasaan, pasukan Morocco akan melakukan sujud syukur bagi meraikan kejayaan itu.
Bukan itu sahaja, rata-rata pemain juga tidak melepaskan peluang untuk meraikan kejayaan bersama keluarga masing-masing.
Seperti pemain sayap, Sofiane Boufal yang dilihat menari bersama ibunya selepas perlawanan tersebut. Dia juga dilihat mencium dan memeluk ibunya tanda gembira.
Momen itu menyentuh hati ramai dan menjadi tular di media sosial.
— Mohammed (@ZAJD01) December 10, 2022
Sofiane Boufal dances with his mother on the football pitch after Morocco’s historic win against Portugal. pic.twitter.com/oNFdFlcIBv
— Middle East Eye (@MiddleEastEye) December 11, 2022
Tidak kurang juga dengan pemain pertahanan kanan, Achraf Hakimi yang sekali lagi mencuri tumpuan apabila berlari mencium ibunya yang berada di tempat duduk penonton.
Sebelum ini, foto dia mencium ibunya selepas kejayaan pasukan itu menumpaskan Sepanyol menjadi tular.
Tindakan mereka yang memuliakan seorang ibu mendapat pujian dari netizen.
Achraf Hakimi and Sofiane Boufal celebrating with mother after Morocco's quarterfinal win over Portugal 🇲🇦 Masha'Allah ❤ pic.twitter.com/YDEpbKvc6q
— • (@Al__Quraan) December 10, 2022