Khairul Aming makan croissant popular di Paris, isu halal haram jadi persoalan netizen

Khairul Aming makan croissant popular di Paris, isu halal haram jadi persoalan netizen

Siapa yang mengikuti perkembangan influencer dan usahawan popular, Khairul Aming pasti mengetahui bahawa dia kini sedang bercuti di negara barat iaitu London dan Paris selama sembilan hari lapan malam bersama rakannya.

Bukan itu sahaja, dia akan berkongsi setiap hari temapt-tempat yang menarik sepanjang percutiannya itu ketika berada di sana untuk tatapan para pengikutnya.

Namun, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Khairul Aming di laman TikToknya, pada hari kelima percutiannya, dia telah mencuba croissant  untuk sarapan pagi di sebuah restoran popular di Paris telah mencetuskan persoalan netizen mengenai status halal makanan tersebut.

@khairulaming

Replying to @mongmong Ep 5 – Jelajah London & Paris. Hari ni aku nak bawa korang try croissant cicah hot chocolate, tengok eiffel tower and macam2 lagi tempat best 🥰 #makanlokal #hello2023

♬ Just and Just As – Penny & Sparrow

Dalam video tersebut, Khairul Aming memaklumkan dia perlu beratur untuk menikmati hidangan di restoran itu kerana ia merupakan salah satu lokasi yang terkenal di Paris.

Dia bersama rakannya telah mencuba hidangan yang paling digemari ramai iaitu croissant dan minuman coklat panas bersama krim dimana jumlah keseluruhan mencecah sehingga RM158.26.

“Episod lima,  jelajah London & Paris. Hari ni aku nak bawa korang cuba croissant cicah hot chocolate, tengok Eiffel Tower dan macam-macam lagi tempat seronok,” ujarnya di ruangan kapsyen. 

Halal ke restoran tu?

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melemparkan pelbagai reaksi yang mempertikaikan mengenai status halal makanan yang dijamah oleh influencer yang berusia 30 tahun itu.

Seronoknya, terima kasih bawa kami jalan-jalan!

Bagaimanapun, disebalik persoalan serta pertikaian yang diberikan, ada juga netizen meluahkan rasa kegembiraan dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Khairul Aming kerana berkongsi suasana di Paris dan London meskipun tidak berada di sana.

Sumber: TikTok @khairulaming