Ustazah Siti Afifah dakwa ubat tahan sakit haram, siapa makan masuk neraka?
Sebelum ini kenyataannya pernah membangkitkan kemarahan orang ramai berikutan dengan dakwaan bahawa para suami dilabelkan sebagai seorang yang dayus jika membenarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki.
Pandangannya itu mendapat perhatian dan ramai ulamak lain untuk tampil bersuara, Namun begitu ada satu lagi kenyataannya yang telah membuatkan ramai orang ramai ‘panas’.
Ubat tahan sakit haram?
Dalam satu video yang tengah tular sekarang ini, Ustazah Siti Afifah ada membicarakan mengenai Ubat Tahan Sakit. Dakwanya, ubat tersebut haram dimakan.
“Ada orang bila sakit sikit, makan ubat tahan sakit sehingga tubuh badan kita ini dekat dengan kematian masa tu mulut tak boleh berbicara tetapi mata kita melambangkan tercengangnya kita dengan kepakaran yang hebat ni.
“Dengan duit habis banyak, dengan kepakaran manusia ia menyebabkan apa yang dimasukkan dalam tubuh yang haram dan meragukan maka kamu sedang berhadapan sesuatu kepanasan yang amat dahsyat. Tapi tak boleh dibicarakan kerana Allah dah kunci lidah kamu. Kamu tidak mampu hingga sendi-sendi kamu, dan tidak ada kemampuan untuk berbicara.”
Malah Ustazah Siti Afifah turut mendakwa segala benda haram yang berada dalam tubuh badan kita akan menyebabkan doa tidak akan didengari Allah S.W.T. Malah katanya, jika seseorang itu meninggal dunia, dia dikatakan mati dalam keadaan yang hina sebab ada guna benda ‘haram’.
“Ingat! sesuatu benda yang haram, setitik yang haram masuk dalam tubuh badan kita, 40 hari amalan tidak diterima oleh Allah, doa tidak diangkat. Sekiranya Allah ambil nyawa kamu dalam tempoh itu, maka matinya kamu mati dalam keadaan hina yang melanggar hukum syariat Allah.”
“Sebab itu Nabi ingatkan, orang kafir ada caranya, orang Islam ada caranya. Apa pun perubahan zaman, apa-apa yang mereka letakkan agenda, Allah Taala itu yang menjaga manusia kecuali manusia itulah sendiri kembali semula kepada Allah dan mendekatkan kepada Allah.”
@sunnahtidakberbohong #bahayaubatantahansakit #rosakzahirbatin #sunnahtidakpernahberbohong
♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin – Siti Afifah Shahbudin
Perkongsian itu tular dari TikTok ke Twitter dan meraoh lebih daripada 6,000 jumlah retweets dalam masa 6 jam. Ramai netizen yang tertanya-tanya dan mengecam kenyataan tersebut.
Hurm, habis kalau makan panadnol pula macam mana?