Bekas suami Nad Zainal titip doa, minta segera pulih demi anak-anak “awak kuat’
Industri hiburan dikejutkan dengan berita menyayat hati mengenai pelakon Nad Zainal yang sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi paru-paru berdarah.
Awak kuat
Bekas suami iaitu Muhammad Faliq Amirudin menitipkan kata semangat kepada Nad untuk terus melawan penyakit tersebut.
Menerusi Instagram Stories, Faliq memuat naik foto Nad mengenakan busana dan tudung berwarna putih.
Faliq mengingatkan pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin untuk terus kuat demi dua cahaya mata mereka, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, berusia setahun yang kini berada bawah jagaannya.
Pada sebelah tengah hari Rabu, aktor Ungku Ismail memberitahu Nad berada dalam kritikal.
Terdahulu, Nad dilaporkan dimasukkan ke ICU di Pusat Perubatan Ampang Puteri, akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Sekadar info, Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan apabila Nad mengesahkan telah bercerai pada September lalu.
Sumber: Instagram @faliqamirudin