[Video] Janna Nick & Dini Schatzman muncul dalam video Alvin Chong, netizen tak percaya dah putus
STATUS hubungan pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann yang dikatakan sudah berkahir terus menjadi perhatian.
Terbaharu, kedua-dua mereka dilihat muncul dalam video dikongsikan rakan artis AlVin Chong di TikTok miliknya pada malam Jumaat.
Menerusi video tersebut, Janna dan Dini dilihat menari bersama-sama mengikut rentak lagu terbaharu Alvin berjudul Mengapa Ku Rasa Terseksa.
@alvinchong123 tah la siapa yg tulis lirik
“Tah la siapa yang tulis lirik,” tulis Alvin pada bahagian kapsyen video berkenaan.
Perkongsian Janna sebelum ini memberi gambaran seolah sudah putus cinta.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada video tersebut sudah dirakam sebelum Janna memberi bayangan tentang hubungannya dengan Dini.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen video tersebut, ada dalam kalangan netizen merasa sangi dakwaan hubungan pasangan itu sudah berakhir dan ia sekadar publisiti.
Namun ramai tetap mendoakan agar berita yang tersebar adalah palsu serta mendoakan hubungan mereka akan terus berkekalan.
“Tak putus lagi ke? Harap mereka ke jenjang pelamin dan hubungan mereka kekal selamanya,” komen netizen.
Terdahulu, kisah cinta Janna dan Dini menjadi bualan hangat peminat apabila aktres berkenaan memuat naik hantaran memberi bayangan seolah-olah hubungan mereka sudah berakhir.
“Kepada kamu, moga berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,” tulisnya di Instagram.
Sehari selepas membuat status tersebut, Janna dikatakan membawa diri ke Eropah kerana mahu mencari ketenangan ketika percintaannya hangat diperkatakan netizen malah aktres itu sudah tidak mengikuti Dini di Instagram.