Da’i Syed hitung hari bergelar suami Hana Ismail, bakal nikah dalam masa terdekat
Berita tentang pertunangan pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27 dengan pesonaliti televisyen Alhijrah, Hana Ismail sememangnya mengejutkan ramai kerana secara diam-diam rupanya mereka mempunyai hubungan istimewa.
Ucapan tahniah daripada rakan2
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pelakon Umi Aida menerusi Instagramnya dengan mengucapkan tahniah diatas pertunangan pasangan selebriti berkenaan.
Nikah dalam waktu terdekat
Memetik dari laporan Mstar, Da’i Syed telah meluahkan rasa syukur kerana majlis yang direncanakan oleh mereka berjalan dengan lancar.
Dia juga memaklumkan bahawa semuanya berlaku dengan pantas dan perhubungan mereka ini mendapat doa yang baik-baik daripada orang terdekat.
“Alhamdulillah majlis berkenaan berjalan lancar di rumah Hana. Syukur segalanya dipermudahkan.
“Semua berlaku dengan pantas. Kami mendapat doa orang-orang yang baik untuk hubungan ini,” katanya.
Belum boleh berkongsi tarikh
Ujar pendakwah selebriti itu lagi, majlis pernikahan dan persandingan mereka akan berlangsung tidak lama lagi dan akan diadakan di Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, dia belum bersedia untuk mendedahkan tentang tarikh hari istimewa mereka lagi.
“Majlis kami nanti akan berlangsung di Kuala Lumpur. Nikah dan kenduri pada hari sama,” jelasnya.
Terdahulu, khabar angin berkenaan hubungannya dengan Hana seakan dihidu apabila ada pertemuan dua buah keluarga sebelum ini.
Namun, dia hanya mengatakan ia sekadar pertemuan keluarga bagi mengenali Hana dengan lebih rapat.
Sumber: Instagram Umie Aida9, Mstar (Farol Hadi)