Tuah buat kek orang utan, wanita dari Malaysia diangkat sebagai juara ‘British Bake Off”
Tatkala seluruh negara sedang mengalami ‘demam PRU’, siapa sangka seorang pembuat kek telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia baru-baru ini? Sebelum ini, wanita dikenali sebagai Syabira Yusoff curi perhatian susulan menyertai ‘The Great British Bake Off‘ musim ke-13. Meskipun hanya mula belajar menghasilkan kek dan pastri sejak Covid-19 melanda, namun dia menjadi antara peserta kegemaran ramai dalam program realiti sensasi di UK tersebut.
Tawan hati juri & peminat sejak episod pertama…jadi satu-satunya wakil Asia di pentas akhir
Sejak episod pertama lagi, Syabira berjaya menawan hati juri dan peminat program tersebut dengan skil bakat terpendamnya. Setelah mengharungi pelbagai cabaran sengit serta tugasan yang mendebarkan, dia berjaya menempatkan diri sebagai satu-satunya wakil Asia di pentas akhir. Turut mengiringinya adalah 2 peserta finalis dari London, yang dikenali sebagai Sandro dan Abdul Rehman.
Cipta kek konsep Orang Utan dalam cabaran akhir
Dalam cabaran akhir, para finalis ditugaskan untuk mencipta sebuah arca yang boleh dimakan bertemakan ‘Our Beautiful Planet’. Syabira kemudiannya menghasilkan konsep seekor orang utan, sambil memegang hutan di atas kepalanya. Meskipun wajah arca haiwan itu dikritik boleh dikemaskan lagi, namun para juri akui tekstur keseluruhan kek berkenaan sangat lazat.
"You're getting a call from Attenborough." #GBBO pic.twitter.com/cwSt04jj0P
— British Bake Off (@BritishBakeOff) November 15, 2022
Lakar sejarah anak Malaysia pertama dinobatkan sebagai juara ‘Great British Bake Off’
Tanpa disangka-sangka Syabira Yusoff akhirnya telah dinobatkan sebagai juara ‘Great British Bake Off’, sekali gus melakar sejarah sebagai peseta sulung dari Malaysia untuk melakukannya. Dia yang turut bertugas sebagai penyelidik kardiovaskular King’s College London itu menyifatkan ia sebagai pencapaian terbesar dalam hidupnya. Terdahulu, wanita berusia 32 tahun itu mula bermastautin di United Kingdom sejak 2013 untuk menyambung pengajiannya ke peringkat tertinggi.
Congratulations to Syabira – winner of The Great British Bake Off 2022! #GBBO pic.twitter.com/Mcgk9MkMzJ
— British Bake Off (@BritishBakeOff) November 15, 2022
Kredit : IG syabira_bakes & Twitter BritishBakeOff