“Buat mereka yang tidak faham..”, Bunga Cinta Lestari tunjuk perut lagi bukti diri tidak hamil
Beberapa minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai selebriti terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari yang dikatakan kini sedang hamil.
Bukan itu sahaja, nama vokalis kumpulan Noah iaitu Ariel juga dipetik dengan mengatakan Bunga sedang hamil anaknya.
Bagaimanapun, spekulasi itu disangkal oleh Bunga dalam sesi bersama media sewaktu hadir ke Malaysia pada minggu lalu bagi mempromosikan konsert pertamanya di negara ini.
Ujarnya, dia tidah hamil dan perubahan bentuk pada bahagian perutnya adalah normal terutama buat para wanita yang bergelar ibu. Tambahan pula, dia sering makan lewat malam.
“Hey, saya makanlah! Baik, nak tengok? (Sambil berdiri dan menunjukkan perutnya).
“Ini biasalah, perut ibu-ibu yang suka makan tengah malam,”ujar BCL.
Dalam masa sama, balu kepada kepada pelakon Ashraf Sinclair berkata berkemungkinan foto itu diambil dari sudut berbeza sehingga menampakkan perut buncitnya.
Mungkin masih belum move on dengan spekulasi netizen Indonesia, BCL sekali lagi berkongsi sebuah video di platform TikTok miliknya dengan meletakkan kapsyen sarkastik.
Video Player
Sambil memaparkan perutnya, BCL berkata postur tubuhnya adalah berbeza jika dilihat dari sudut kamera pelbagai sehingga menampakkan perut buncitnya seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Sampai macam tu sekali nak buktikan diri tak hamil
Rata-rata warganet terkejut kerana BCL sanggup memuat naik video sedemikian bagi menjelaskan kepada orang ramai bahawa dia tidak hamil. Mereka juga mengatakan dia tidak harus berbuat sedemikian bagi memuaskan hati segelintir pihak.
Tidak kurang juga ada yang berseloroh dengan meluahkan kelegaan kerana tidak bergelar selebriti yang sering menjadi perhatian dan bualan ramai.
Sumber: TikTok @bclofficial_