“Tenanglah sayang.. terima kasih untuk segalanya, walaupun berat..” – teman lelaki Allahyarham Syazlin Zainal
Teman lelaki kepada Allahyarhamah Syazlin Zainal, Shaf Pablo mengakui berat untuk menerima takdir bahawa kekasihnya itu telah pun pergi mengadap ilahi pada 10 November lalu.
Menerusi muat naik di IG Stories, Shaf akui reda dengan takdir ilahi selain dirinya tidak sekali melupakan setiap kenangan manis dan pahit yang diharungi bersama Allahyarhamah.
“Terima kasih untuk segalanya sayang, saya takkan lupakan semua kenangan manis, suka duka dan gembira kita bersama.
“Allah pinjamkan awak dekat saya betul-betul sekejap, saya kena terima setiap yang hidup mesti akan merasa mati.
“Siapa lah saya untuk menolak takdir, qada dan qadar. Walaupun berat, saya cuba yang terbaik untuk diri ini,” kongsinya.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian yang sama, Shaf berkata dirinya akan berusaha meneruskan hidup sebaik mungkin tanpa kekasihnya lagi disisi.
“Sayang, percayalah saya akan sedaya upaya untuk harungi liku kehidupan ini berseorangan tanpamu sayang, tapi semangat dan sayang akan saya bawa bersama sampailah tiba masa saya pun ke sana kelak (alam mati).
“Semoga roh sayang ditempatkan dalam kalngan orang yang beriman. Tenanglah sayang, kekasihmu ini akan selalu merindui mu, Syazlin Suhaizan Zainal. Al-fatihah,” tambahnya.
Terdahulu, Shaf yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam, AU4, Taman Keramat yang mana tempat Allayarhamah disemadikan malam tadi, enggan untuk ditemubual pihak media kerana terlalu sedih.
Ratusan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan selebriti turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allayarhamah.