Ustazah viral dakwa bersalam dengan artis boleh rosak roh & jiwa, netizen pelik semua tak kena
Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial berkenaan kenyataan seorang pendakwah bebas wanita yang dikenali sebagai Siti Afifah Shahbudin apabila melabel suami yang membiarkan doktor lelaki melihat aurat isteri ketika melahirkan sebagai dayus.
Kenyataan kontroversi itu telah mengundang pelbagai maklum balas daripada netizen sehingga ada yang merasakan ia satu kenyataan yang sangat tidak seimbang.
Salam orang alim ada roh & jiwa tersendiri
Selepas video berkenaan tular, satu lagi rakaman video telah menjadi perbualan netizen berkenaan tanggapannya tentang bersalaman dengan golongan artis akan merosakkan roh dan jiwa kita.
“Orang dulu-dulu berebut, kalau jumpa ulama berebut nak salam, bukannya kita berebut-rebut nak bersalam artis.
“Salam artis tu ia rosak roh kita, jiwa kita akan rosak bila kita bersalaman dengan artis-artis dan sebagainya.
“Tetapi bila kita berjumpa dengan orang-orang yang rajin ibadah, jumpa dengan orang tua kita ada roh dan jiwa tersendiri,” jelasnya.
Jangan suka2 jatuh hukum
Sudah tentu kenyataan yang dikeluarkan telah mengundang pelbagai komen dari netizen yang merasakan ada sahaja yang tidak kena di matanya sehingga berani mengeluarkan kenyataan tersebut.
Mereka juga meminta agar ustazah tersebut tidak sesuka hati menjatuhkan hukum kerana apa yang dikatakan boleh mencetuskan pelbagai salah faham.
Nak bersalam pun kena pilih2 pulak
Kalau salam ibu bapa tu artis, rosak juga ke?
Betul makcik bawang dia ni
Mungkin ustazah ni perlukan rehat
Kita semua pendosa ustazah
Terdahulu, pendakwah tersebut telah mengeluarkan kenyataan bahawa para suami yang membiarkan isterinya melahirkan cahaya mata dan disambut oleh doktor lelaki adalah dayus kerana membiarkan aurat wanita dilihat oleh lelaki lain.
Sudah tentu perkara berkenaan menjadi perdebatan dan beberapa pendakwah telah tampil membidas apa yang disampaikan kerana situasi tersebut adalah darurat.
Sumber: TikTok @sunnahtidakberbohong