Azwan Ali tarik diri bertanding, dengar bisikan arwah ibu subuh tadi
Pertembungan antara calon adik-beradik, Azwan Ali dan Datuk Seri Azmin Ali nampaknya tidak terjadi di Parlimen Gombak selepas pengacara terkenal itu menarik diri.
Hal tersebut dinyatakan oleh Azwan sewaktu menghadiri pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu dengan menaiki motosikal awal pagi tadi.
Buat keputusan subuh tadi
Menerusi laporan dari Utusan Malaysia, selebriti itu turut mengumumkan bahawa dia akan memberi sokongan penuh kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH).
Ujarnya lagi, keputusan menarik diri untuk bertanding di Parlimen Gombak adalah selepas mendengar bisikan ibunya pada subuh tadi.
Saya membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding selepas mendengar bisikan daripada Allahyarham mak, Mak Tom. Keputusan ini dibuat selepas subuh tadi.
“Tak kisahlah orang nak cakap merepek atau tahyul, itu mak aku. Bukan mak kau. Apa pun saya menyokong calon PH, Datuk Seri Amiruddin Shari,” katanya.
Akan sertai PH kalau Anwar jadi PM
Ditanya sama ada dia akan menyertai Pakatan Harapan ataupun tidak, Azwan memaklumkan yang dia menyertai Pakatan Harapan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah menjadi perdana menteri.
“Saat Datuk Seri Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai Perdana Menteri, saya masuk PH,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia (Alif Fadli)