Hana Azraa dedah masih diganggu PU Abu ‘gila talak’, tidak teragak nak ‘spill the tea’ pasal dua ahli syurga
Setelah sekian lama berdiam, baru-baru ini posting yang dibuat PU Abu atau nama sebenarnya Abu Sufyan sempat membuatkan ramai yang merasa terharu. Pendakwah bebas tersebut sempat meluahkan rasa penyesalan akan kelakuannya terhadap si isteri Ain Afini semenjak dari awal perkahwinan lagi. Namun dek kerana kesetiaan yang berikan wanita itu, kini kehidupan keluarga mereka semakin membaik.
Beruntung saya Allah kurniakan saya wanita seperti ini
Lebih menariknya lagi, pasangan suami isteri tersebut juga dikatakan kini sedang menantikan ketibaan zuriat yang ketiga. Dalam posting sebelum ini juga, PU Abu turut meminta maaf dan menceritakan segala kebaikan yang dilakukan isterinya meskipun banyak kali diuji.
Dalam Instagram dia bukan main julang bidadari syurga dia…Tapi in real life masih kacau I dengan my family
Namun terbaru, bekas isteri kepada PU Abu yang pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu kembali memuat naik satu hantaran. Menerusi IG Story, Hana Azra atau nama sebenarnya Nurhannas Azra Mohd Zakir menyifatkan lelaki itu seperti talam dua muka. Meskipun mereka sudah pun berpisah dengan talak tiga, namun wanita tersebut mendakwa penceramah berkenaan masih lagi mencari dan menganggu keluarganya.
Pesan jugak dekat bidadari syurga dia tu…Jangan sampai I spill the tea untuk dua-dua ahli syurga ni
Menerusi portal Oh Bulan, Hana turut memberi bayangan tidak teragak-agak untuk ‘spill the tea’ tentang pasangan suami isteri berkenaan jika keadaan tersebut berterusan. Difahamkan, kini wanita itu sedang mengerjakan ibadah umrah dan kebetulan PU Abu memang berada di sana sebagai seorang mutawif.
Kredit: Portal Oh Bulan