Wanita dikecam biarkan budak lelaki kencing depan kedai ” dah macam kucing”

Wanita dikecam biarkan budak lelaki kencing depan kedai ” dah macam kucing”

Sikap sesetengah individu yang tidak memikirkan keselesaan orang lain sememangnya amat menyakitkan hati. Mana tidaknya, perangai yang seharusnya tidak dilazimi telah dilakukan dengan senang hati di khalayak ramai sehingga mengganggu masyarakat sekeliling.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Twitter apabila merakam tindakan seorang wanita yang membiarkan sahaja seorang kanak-kanak lelaki membuang air kecil di hadapan kedai.

Biarkan budak kencing depan kedai

Video yang berdurasi 12 saat itu menunjukkan yang kanak-kanak tersebut membuka seluar dan membuang air kecil secara berdiri di longkang hadapan kedai yang pastinya menjadi tumpuan orang ramai.

 

Dekat Taman Daya?

Menerusi ruangan komen ciapan yang dibuat oleh pengguna dikenali sebagai @yasminnadhiraaa itu, dia mengatakan kejadian tersebut berlaku di hadapan Watson Taman Daya.

Ada juga netizen yang dapat meneka lokasi tersebut melihat daripada sekeliling dan juga individu yang bertindak sedemikian rupa.

 

Bukan orang tempatan mungkin

Dari kecil dah diajar macam ni

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan menyelar tindakan kurang bijak itu.

Mereka juga merasakan apa yang dilakukan oleh wanita tersebut dengan membiarkan sahaja kanak-kanak berkenaan membuang air di kawasan umum sangat keterlaluan kerana mencemarkan persekitaran serta merosakkan kebersihan yang pasti sangat dijaga sebelum ini.

Otak letak dekat mana entah

Dah macam kucing tanda kawasan

Dah 2022 pun masih ada yang perangai macam ni

Kalau dah tak tahan pun, cari la tempat yang sesuai

Walau bagaimanapun, individu tersebut tidak dapat dipastikan sama ada warganegara tempatan ataupun orang luar kerana tiada keterangan di video berkenaan.

Tetapi ramai berpendapat yang rakyat Malaysia tidak akan melakukan perkara seperti itu memandangkan kita merupakan masyarakat yang sangat menjaga kebersihan.

Sumber: Twitter @yasminnadhiraaa