Polis kesan Ibu bapa bayi & kanak-kanak berada di balkoni tingkap

Polis kesan Ibu bapa bayi & kanak-kanak berada di balkoni tingkap

Polis sedang mengesan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak serta bayi yang dilihat berada di belebas tingkap sebuah kediaman di sebuah pangsapuri di Setapak, di sini.

Terdahulu, satu video berdurasi 11 saat menunjukkan seorang kanak-kanak serta seorang bayi dilihat berada di belebas tingkap kediaman terbabit yang tular di media sosial, hari ini.

Dalam video itu juga, kanak-kanak berkenaan dilihat seperti cuba melompat dari belebas tingkap berkenaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi, hari ini, memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

“Belum ada laporan diterima (berhubung kejadian itu) dan kami sedang mengesan pelaku (ibu bapa atau penjaga),” katanya.

Difahamkan kanak-kanak serta bayi berkenaan selamat dalam kejadian itu.