Gadis tayang gambar artis ‘k-pop’ depan Kaabah undang kritikan netizen

Gadis tayang gambar artis ‘k-pop’ depan Kaabah undang kritikan netizen

Satu perkongsian di media sosial TikTok yang dimuat naik semula ke Twitter telah menjadi tumpuan dan bahan bualan netizen gara-gara sebuah video memaparkan seorang individu didakwa berdoa agar dijodohkan dengan penyanyi K-pop ketika berada di tanah suci Mekah.

Dalam hantaran tersebut, satu tangkap layar foto daripada video TikTok itu menunjukkan gadis berkenaan telah menyunting fotonya bersama seorang penyanyi artis Korea sambil berdoa di hadapan Kaabah.

 

Berikutan itu, ramai tampil mengkritik dan menganggap ia sebagai suatu perbuatan yang sia-sia dan tidak menghormati tanah suci Mekah.

Kata netizen lagi, tindakan tersebut melampaui batas dan rata-rata netizen menganggap gadis itu telah melepaskan peluang untuk berdoa perkara yang lebih berfaedah dan bermanfaat.

Antara syarat wajib untuk menunaikan haji dan umrah ialah berakal ataupun tidak gila. Renung-renungkanlah.

Namun begitu, ada juga yang menganggap gadis itu hanya berdoa tentang sesuatu perkara yang diingininya dan orang lain tidak sepatutnya mempersoalkan niat kerana hanya dia dan Allah yang mengetahui.

TikTokSumber : TikTok  

Selebihnya hati niat kita tak tahu, mana tahu dia mohon supaya diberi hidayah kepada orang di dalam gambar itu.

SUMBER : Twitter