[Video] Adik cerita semula kronologi sebenar, “Tiba-tiba kakak pertama dan Haikal…”
Baru-baru ini, seisi media sosial berduka selepas mengetahui tentang berita mengejutkan seorang remaja berusia 16 tahun yang telah pun dijemput Ilahi selepas dibaling dengan alatan tajam oleh kakak sulungnya sendiri. Lebih menyedihkan apabila pertengkaran antara dua beradik tersebut dikatakan berlaku hanyalah kerana berebut tempat duduk dalam kereta.
Kejadian memang tak disangka sebab dua beradik itu rapat
Malah bukan itu sahaja, rata-rata ahli keluarga serta kedua ibu bapa akui kejadian yang berlaku amatlah tidak disangka-sangka lantaran kedua beradik tersebut sangat rapat antara satu sama lain. Malah mereka juga telah dididik dalam suasana yang penyayang serta lengkap dengan ilmu agama.
Tiada keluarga hadir waktu kakak terima perintah direman
Ketika si kakak dibawa ke mahkamah untuk menerima perintah reman selama 6 hari, tiada seorang pun ahli keluarga dilihat hadir. Ia susulan mereka dikatakan sibuk menguruskan post mortem anak kedua berkenaan. Dalam pada itu, kedua-dua orang tua kepada remaja tersebut dikatakan kini dalam keadaan trauma dan enggan keluar dari rumah.
Berat ujian keluarga mu adik
Terbaru semalam sempat tular seorang kanak-kanak yang dipercayai adik kepada 2 remaja berkenaan tampil menceritakan semula kronologi sebenar kejadian. Jelasnya dalam keadaan sugul, awalnya ia berlaku ketika pulang dari sekolah harian dan bersedia untuk ke kelas agama pula di sebelah petang. Namun tiba-tiba kakak sulung dan abangnya yang bernama Haikal itu dikatakan bertengkar sebelum ‘barang tajam’ berkenaan tercucuk di bahagian leher.
@ajaxsrodriguez Alfatihah..#fyp #fypシ #tiktok #tiktokviral
Kredit: TikTok ajaxrodriguez