Diperli wartawan Israel, netizen bawang Malaysia mula ‘berkampung’ “siapa koyak?”
Hari ini, cukup kecoh di media sosial apabila sebuah operasi perisikan Mossad dipercayai jalin kerjasama bersama beberapa individu warga tempatan .
Dan, operasi tersebut dikatakan telah menculik seorang warga Palestin yang menetap di negara ini selain dipercayai mempunyai hubungan dengan organisasi pejuang kebebasan Hamas dan bersenjatanya, Izz ad-Din al- Briged Qassam.
Watch the Israeli Mossad members who fell into the hands of the Malaysian security after they kidnapped a Palestinian whom they claim that he is linked to the resistance in Gaza.* pic.twitter.com/Dphb0tjqWi
— Prof. Walid Amer (@DrWalidAmer1) October 18, 2022
Spekulasi mengenai tindakan rakyat Malaysia bekerjasama dengan ejen Israel itu telah dikutuk, dicemuh dan dikritik oleh ramai orang walaupun pihak polis menafikan ejen Mossad terlibat dalam insiden tersebut.
Terbaharu, tular sebuah hantaran seorang rakyat Israel yang mendakwa warga Malaysia takut dan gentar apabila mendapat tahu wujudnya tali barut dalam kalangan mereka yang bekerjasama dengan Mossad.
Menerusi hantaran dikongsikan, pengguna dikenali Hananya Naftali mengatakan berita tersebut membuatkan rakyat Malaysia menjadi takut selain memerli ‘koyak army’.
“Berita hangat di Malaysia: Rangkaian Mossad di negara ini sebagai sebahagian daripada perang global menentang Hamas dan ahli Jihat Islam. ‘Tentera Koyak’ dalam ketakutan,”tulisnya dalam hantaran Facebook.
Hantaran yang ditulis oleh Naftali yang juga wartawan Israel tidak dapat dikenalpasti sama ada ia sekadar berbentuk gurauan atau sebaliknya memandangkan ia bukanlah pertama kali dibuatnya mengenai Malaysia.
Mana tidaknya, terdahulu sewaktu peperangan antara Israel dan Israel berlangsung, Naftali turut diserang oleh netizen Malaysia selain diperli kerana ‘koyak’.
Siapa koyak?
Malangnya, hantaran itu sekali lagi diserbu ramai ‘tentera bawang Malaysia’ dengan mengatakan mereka tidak gentar dengan ejen risikan Mossad. Ternyata, ramai sekali sudah mula ‘berkampung’ di halaman Naftali.
Dalam masa 24 jam dah kena tangkap, kelakar sungguhlah
Selain itu, mereka juga meluahkan rasa lucu apabila individu yang dikatakan terlibat dengan Mossad berjaya diberkas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh 24 jam.
Dalam masa sama, mereka berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana pantas bertindak dan membanteras kegiatan jenayah tersebut.
Aok tengah down ke tu?
Di samping itu, ‘tentera bawang Malaysia’ yang hebat dilihat meninggalkan komen berbaur sindiran dengan menggunakan tagline popular masa kini iaitu ‘Aok tengah down ke tu? Lantak aoklah, koyak sorang-sorang. Koi tak koyak‘.
Mooosad, most sad. So sad
Sebagai peringatan, pihak polis mengatakan pihak Mossad tidak terlibat dalam kes penculikan warga Palestin. Difahamkan, motif penculikan tersebut adalah bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian untuk menggodam telefon bimbit.
Sumber: Facebook Hananya Naftali