“Saya terpaksa lafaz…” akui masih sayang isteri, suami jawab sebab berpisah
Tiada pasangan yang berkahwin untuk berpisah, malah mereka amat berharap agar mahligai dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Namun, adakalanya perjalanan hidup kita tidak seperti yang diharapkan atau bahkan kita takkan pernah terlintas pun akan melalui detik sesukar itu sepertimana yang dilalui oleh Siti Rohayu.
Terkejut umum berpisah
Semalam, dia mengejutkan wargamaya apabila mengumumkan telah berpisah dengan suaminya yang amat dikenali dengan panggilan abiy.
Walau bagaimanapun, dia tidak mengulas banyak tentang perkara itu, sebaliknya cuma memaklumkan bahawa keputusan yang dibuat adalah dengan kata sepakat antara dirinya dan suami.
“Abiy terpaksa…”
Bagi pihak abiy pula, dia berkata dalam satu video ‘live’ bahawa masih sayangkan umi (bekas isteri).
Namun, demi kebaikan semua pihak dia terpaksa menjatuhkan talak dan berharap keputusan yang dibuat dapat menjernihkan kembali keadaan.
@bungacintasaya sebelum berpisah. ini kata² aby.. 🥺#abi #umi #sitirohayu #tiktokmalaysia #foryou #trending #fyp #love #feelings
“Kalau dah sampai mahkamah, kenalah lafaz talak…abiy terpaksa…”
“Mungkin lepas lafaz, keadaan menjadi tenang.”
“Umi terlajak baik…”
Dalam pada itu, Umi sepertinya dapat menjangka bakal dikecam ramai berhubung keputusan untuk berpisah.
Baginya, sehingga ke hari ini dia sudah melakukan segala tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dengan cukup baik, malah suaminya juga akui akan perkara itu.
@deevalovva Replying to @Nor Fadzilah Ada hikmah disebalik kejadian.kita mendoakan yg baik2.hati seorang perempuan #sitirohayu #rohayu #mogatabahlaluisegalanya