Sissy Iman terpaksa ditidurkan, mohon maaf atas ketelanjuran kata dan perbuatan

Sissy Iman terpaksa ditidurkan, mohon maaf atas ketelanjuran kata dan perbuatan

 

Penyanyi dan pengacara, Sissy Iman memaklumkan dirinya bakal menjalani prosedur rawatan dan terpaksa ditidurkan.

Perkhabaran itu dimaklumkan Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil menerusi entri terkini di laman Instagram, sebentar tadi

“Assalamualaikum semua. Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, saya nak mohon ampun dan maaf atas ketelanjuran kata dan perbuatan saya yang pernah menyakiti korang. Doakan urusan saya hari ini dipermudahkan ya.

“Hari ini sangat penting buat saya. Saya akan menjalani prosedur di mana saya akan ditidurkan seketika,” tulisnya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Mungkin Kamu itu tidak mengulas lanjut mengenai prosedur yang bakal dijalaninya.

Malah, dia juga memohon jasa baik semua pihak untuk memberikan ruang dan tidak bertanyakan mengenai perkara tersebut kepada orang tuanya.

“Saya amat menghargai jasa baik anda untuk tidak bartanyakan lebih lanjut mengenai perkara ini kepada kedua ibu bapa saya. Terima kasih kerana memahami. Semoga Allah memberkati kalian semua. Jumpa lagi insyaAllah,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti agak terkejut selepas mendengar perkhabaran tersebut selain turut mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja buat Sissy.

“Semoga dipermudahkan segalanya. Awak kuat.

“Semoga Allah memberikan kesembuhan yang cepat dan dipermudahkan segala urusan.

“God bless you and speedy recovery.

“Comeback stronger Sissy,” antara komen-komen netizen di Instagram.