Caprice nak PU Syed mohon maaf, bengang ditegur suruh urus aurat isteri dahulu baru layak jadi Tiger Of Al-Quds
Penyanyi rap, Caprice memberi tempoh 24 jam kepada Pencetus Ummah (PU) Syed yang secara tiba-tiba menegur aurat isterinya ketika memberi pandangan berkaitan kes amang seksual yang melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Caprice di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa pelik mengapa pendakwah bebas itu ‘memetik’ nama isterinya walhal kes tersebut tidak ada kaitan sama sekali dengan insan yang dicintainya itu.
Bengang dengan tindakan berani yang dilakukan oleh PU Syed, Caprice telah menghantar mesej kepada pendakwah berkenaan untuk meminta penjelasan mengenai perkara tersebut.
Bukan itu sahaja, Caprice turut memberi masa dalam 24 jam untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka jika tidak mahu rahsianya pula dibongkarkan kepada umum.
Malah, Caprice turut memberi amaran keras kepada pendakwah ini agar tidak menyentuh hal peribadinya dalam kes tersebut meandangkan ia langsung tiada kaitan dengan keluarganya.
Sebelum ini, PU Azman menjawab kritikan yang dilemparkan netizen apabila dia dilihat membisukan diri terhadap kes amang seksual yang berlaku kepada PU Azman.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh PU Syed di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa binggungnya kerana ada pihak yang mendesak dia untuk memberikan pandangan walhal kes itu masih disiasat oleh pihak polis.
Namun begitu, disebalik pandangan yang diberikan, dia sempat menyelit nama Caprice yang dilihat sedang rancak menyiasat kes PU Azman dan memintanya untuk urus aurat isteri terlebih dahulu sebelum menjadi Tiger of Al-Quds.
Sumber: Instagram @pusyed_official, @capricedaddycap