Pembantu peribadi Vida kini jadi penyanyi, tampil imej tidak berhijab
Bagi peminat Datuk Seri Vida, pasti mengenali susuk tubuh seorang wanita dikenali sebagai Diyla yang memikul tanggungjawab sebagai pembantu peribadi (PA) kepada usahawan kosmetik tersebut.
Terbaru, Diyla menerima kecaman hebat netizen apabila dilihat tidak lagi mengenakan hijab menerusi hantaran video di aplikasi TikTok miliknya.
@_diylajazz 🙌😏 #diylajazz #fypdongggggggg #tiktokmalaysia #esekeli #tiktok #fypage #fyp #viral #xyzbca
Difahamkan, wanita yang fasih berloghat Kelantan itu kini menceburi bidang nyanyian apabila tampil dengan single berjudul Khilaf duet bersama TikToker bernama Faiz Aizif.
Menerusi video dimuat naik, dia yang mengenakan dress labuh berwarna hijau tanpa berhijab dilihat sedang menari mengikut rentak lagu hindustan bersama seorang wanita.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan penampilan terbaru Diyla itu selain mendakwa wanita terbabit kononnya mahukan populariti semata-mata.
@_diylajazz Korang buat konten guna sounds lagu khilaf,buat paling kreatif Dan tag diyla Yaa,nanti diyla pilih untuk yang MENANG,kontes untuk lagu khilaf start Dari SEKARANG,jangan lupa tag diyla.. #khilaf#diylajazz#twtentertainment
Difahamkan, wanita yang fasih berloghat Kelantan itu kini menceburi bidang nyanyian apabila tampil dengan single berjudul Khilaf duet bersama TikToker bernama Faiz Aizif.
Walau bagaimanapun, ada segelintir individu mengatakan Diyla belum menutup aurat sepenuhnya atau ‘on off’ tudung dan hanya memakai hijab ketika waktu kerja.
Mana pergi tudung?
Lagi comel kalau pakai tudung
Dia pakai tudung ‘on off’?
Korang baru kenal dia la tu…
Nak popular punya pasal?
Ingatkan Ifa Raziah…
‘Time’ kerja je pakai tudung?
Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada Diyla masih menjadi PA Vida atau sebaliknya memandangkan dia kini sudah sibuk bergelar penyanyi.
@_diylajazz Dsv sampai nak terkencing,bidadariku gais#fypage #fypシ #viraltiktok #esekeli
Sumber: TikTok @_diylajazz