‘Ustaz nak ajak VC, tapi kita dua je’ lagi mangsa pendakwah selebriti tampil tunjuk bukti, kongsi video?

‘Ustaz nak ajak VC, tapi kita dua je’ lagi mangsa pendakwah selebriti tampil tunjuk bukti, kongsi video?

Di Instastory, penyanyi rap Caprice, mendedahkan beberapa bukti perbualan di antara pendakwah selebriti yang didakwa terbabit dengan kes lakukan amang seksual sejak Februari dan Julai lalu.

Ajak video call

Difahamkan, remaja lelaki berkenaan telah menghubungi Caprice dan mendakwa pernah berhubung melalui mesej di Instagram bersama pendakwah tersebut.

Menerusi mesej yang dihantar oleh remaja berkenaan, dia mendakwa bahawa penceramah terbabit pernah mengajaknya untuk membuat panggilan video, namun menolaknya kerana berasa tidak selesa dan cuba mengelak.

Saya tak pernah langsung video call dengan dia sebab cara dia chat buat saya rasa tak selesa. Dia macam ada unsur-unsur benda yang buruk so saya cuba elak.

Dia ada kata macam ni ‘ustaz nak ajak vc (video call) boleh? Tapi ustaz nak kita dua je tak nak orang dengar.’ Saya tak selesa dan tak report dekat siapa-siapa.

Ujarnya lagi, dia tidak mendedahkan perkara ini kepada sesiapa sehinggalah kes berkenaan melibatkan pihak polis baru-baru ini.

Pernah ajak teman tidur

Bukan itu sahaja, terdapat mangsa yang lain menceritakan dirinya ‘dikacau’ oleh pendakwah terbabit pada empat tahun lepas di mana individu berkenaan mengajak dia bersama rakan-rakan yang lain untuk pergi ke homestay yang disewa dan meminta untuk menemaninya tidur.

Masa tu saya baru lepas habis SPM dia ada bagi ceramah dan sewa homestay. Malam tu memang ramai budak-budak datang lepak kat homestay dia. Dah lewat malam masing-masing nak balik tapi dia tahan saya tak bagi balik sebab suruh teman tidur sekali dengan dia and guess what? Dia mulakan lah perangai syaitan bertopengkan malaikat dia.

Saya nak cerita dekat orang lain terutamanya family saya tapi takut mereka tak percaya ye lah nama dia tengah naik masa tu dan pengaruh dia pun kuat.

Dalam pada itu, Caprice turut meminta sesiapa sahaja yang mempunyai pengalaman yang sama seperti remaja berkenaan untuk menghubunginya bagi mengumpulkan bukti.

Bukti-bukti

Sumber : capricedaddycap