Lesen DDNK digantung oleh Suruhanjaya Sekuriti, ramai dakwa bekas isteri report pasal ‘scam’ dia?

Lesen DDNK digantung oleh Suruhanjaya Sekuriti, ramai dakwa bekas isteri report pasal ‘scam’ dia?

Satu akaun Facebook hari ini mendedahkan tentang usahawan yang dikatakan bergelar jutawan, Datuk Dr Mohd Nazri Khan atau DDNK yang mendirikan rumah tangga baru-baru ini.

Bagaimanapun, bukan tentang perkahwinannya yang menjadi bualan tetapi akaun tersebut mendakwa bahawa lesen DDNK telah digantung oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Bukan itu sahaja, individu yang dikenali sebagai Tok itu juga berkata memang selayaknya lesen DDNK digantung memandangkan selama ini dia hanya bercakap bohong.

Selama ni entah kenapa kebal sangat, dia bohong sana sini. Dahla ajar cfd dan option yang haram tu.”

Malah, Tok juga mengesyaki bahawa DDNK mempunyai ‘orang dalam’ atau kenalan rapat dalam kalangan menteri membuatkan dia ‘kebal’ selama ini.

Selain itu, timbul juga desas desus mengatakan bekas isteri DDNK, Watie yang membuat laporan tentang ‘scam’ yang dilakukan olehnya.

 

Hantaran tersebut meraih perhatian ramai warganet bukan sahaja di Facebook tetapi juga Twitter dan isu ini sudah mula menjadi bualan di media sosial.

Ramai netizen memberi reaksi berbeza di ruangan komen di mana rata-ratanya memerli DDNK kerana meninggalkan bekas isterinya yang sanggup bersusah dengannya sebelum ini.

Ada yang luahkan rasa puas hati apabila lesennya digantung bagaimanapun ramai turut mempersoal apakah yang menyebabkan ia berlaku.

 

SUMBER : Facebook