Kesan dipukul, ada tulang bergeser Lesti Kejora perlu pakai pendakap leher
Kisah penyanyi dangdut muda dari Indonesia, Lesti Kejora dipukul suaminya, Rizki Billar yang merupakan seorang pelakon masih disorot media tempatan dan masyarakat.
Selain pihak berkuasa memberi kenyataan Rizky akan diperiksa pada Khamis ini selepas menerima laporan dari Lesti terkait isu kekesaran dalam rumah tangga (dipukul), perkembangan terkini wanita itu juga sentiasa diikuti rapat.
Terkini, Lesti diketahui masih menerima rawatan di Rumah Sakit Bunda Menteng.
Dalam sebuah foto yang didapatkan Detik.com, penyanyi itu nampak masih terbaring di katil hospital. Lesti juga terlihat mengenakan pendakap leher.
Foto tersebut kemudian disahkan oleh Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Endra Zulpan.
“Kondisi Lesti Kejora sewaktu dirawat di RS Bunda Menteng dengan lehernya dipasang pendakap,” kata Zulpan, seperti dilaporkan portal tersebut.
Zulpan kemudian menyatakan Lesti mengalami luka pada bahagian leher. Kecedereaan itu diduga terjadi kerana menerima kekerasan atau dipukul.
“Ada dua bahagian tulang leher yang bergeser, jadi dipasang pendakap,” jelasnya lagi.
Terdahulu Lesti mengejutkan peminat seni apabila membuat laporan dirinya telah ‘didera’ selepas mendapat tahu Rizky berlaku curang.
Rizky yang didakwa tidak berpuas hati kemudian memukul dengan mencekik, menolak dan menghempas wanita yang dinikahi pada tahun lalu itu di katil. Tidak cukup itu, Rizky juga didakwa memukul Lesti di dalam bilik air.
Jika terbukti salah, Rizky berhadapan 15 tahun penjara.