Kongsi klip video ada elemen sumbang, aktor berusia 36 tahun bakal didakwa esok
Seorang pelakon lelaki terkenal bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang esok susulan tindakannya memuat naik satu klip video yang dikatakan mengandungi elemen sumbang di media sosial baru-baru ini.
Boleh dipenjara setahun
Menerusi laporan dari Kosmo! pelakon terbabit yang juga seorang model boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya selepas satu pendakwaan terhadap pelakon itu akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, video klip yang dikongsikan pelakon terkenal terbabit di media sosialnya telah mengundang kecaman netizen apabila menunjukkan aksi sumbang yang mempunyai elemen tidak baik.
Tindakannya telah diprotes oleh banyak pihak kerana dilihat keterlaluan serta tidak sesuai untuk dipertontonkan khususnya di Malaysia.
Sumber: Kosmo!