Bad Indigo dedah punca berpisah dengan Ashira, akui diri tak jujur

Bad Indigo dedah punca berpisah dengan Ashira, akui diri tak jujur

Meskipun masih tersisa rasa sayang, Bad Indigo pasrah jodohnya dengan Ashira Aziz tidak bertahan lama. Akui kelu mendapat tahu bekas isteri sudah menemukan pengganti saat mereka baru berpisah kurang setahun, dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut untuk tidak mengacau kebahagiaan sesiapa.

Salah saya, saya yang tak jujur dengan dia dari mula pasal masalah kesihatan yang saya ada

Pun begitu, semalam bekas peserta GV7 ini sempat meluahkan kesal kerana Ashira berdepan kecaman teruk daripada netizen. Ini termasuklah dakwaan bahawa Ashira tinggalkan Bad gara-gara keadaan fizikal lelaki itu dan kesihatan yang tidak begitu baik sekarang akibat diabetes. Tegasnya, penyanyi wanita berkenaan langsung tidak bersalah dalam isu ini. Sebaliknya sikap tidak jujur tentang situasi diri menjadi punca mereka berpisah.

 

Bad Indigo Akui Tak Jujur Soal Kesihatan Diri Jadi Punca Berpisah Dengan Ashira

Bila tak jujur dengan orang yang kita sayang, hilanglah kepercayaan…Saya memang selfish takut kehilangan dia

Takut kehilangan wanita yang dicintai jika berterus-terang sebelum ini, Bad akui silapnya yang selfish selain tidak trust dengan Ashira dahulu. Kalau pun netizen mahu berkongsikan pendapat, penyanyi berusia 47 tahun tersebut berharap agar bekas isterinya tidak lagi dicemuh memandangkan orang luar tidak tahu kisah sebenar 100%.

Bad Indigo Akui Tak Jujur Soal Kesihatan Diri Jadi Punca Berpisah Dengan Ashira

 

Saya mohon ampun pada Ashira & keluarga…Saya hamba Allah yang banyak berdosa

Meminta maaf secara terbuka kepada pihak Ashira atas apa yang terjadi, Bad menegaskan semula perpisahan mereka tiada kaitan dengan orang ketiga. Sedar dirinya banyak silap dan kekurangan, dia banyakkan doa agar Allah memberinya peluang untuk kembali menjadi insan lebih baik.

Bad Indigo Akui Tak Jujur Soal Kesihatan Diri Jadi Punca Berpisah Dengan Ashira

Kredit : TikTok kopiplanet & IG Bad Indigo Official